Jumat, 28 Februari 2014

Que Dedah Pernah Nyanyi Di ‘Dinner Show’


Bagi yang menonton majlis Anugerah Lawak Warna pada baru-baru ini, pasti ingat pada persembahan mantap dari gandingan dua pelakon hebat, Que Haidar bersama Khir Rahman yang mempersembahkan lagu Teratai. Lagu tersebut dijadikan salah satu runut bunyi dalam filem komedi arahan Mamat Khalid, Rock Oo: Rimba Bara Kembali.

Mungkin bagi Khir Rahman, nyanyian bukan asing baginya kerana pelakon dan pengarah itu juga datang dari keluarga yang akktif dalam dunia nyanyian. Tapi siapa sangka di sebalik kredibitili yang dipamer juga keberkesanan dalam setiap lakonannya sehingga meletakkan dia dalam senarai pelakon berprofil tinggi tanah air, Que Haidar sebenarnya juga punya bakat menyanyi.

Berkesempatan bertemu Que sejurus usai majlis pada malam tersebut, suami kepada guru tari terkenal Linda Jasmin ini berkata dia tidak berhasrat untuk serius dalam dunia nyanyian. Sebaliknya persembahannya pada malam itu pun hanya sebagai mewakili karakternya dalam filem Rock Oo: Rimba Bara Kembali.

Tetapi dalam pada dia tidak merasakan nyanyian boleh jadi sebagai salah satu kerjaya seni, Que dalam diam sebenarnya pernah meriman undangan membuat persembahan di sebuah majlis makan malam koporat.

“Sebenarnya sejak saya menyanyi untuk muzik video Rock Oo, saya pernah diundang buat dinner show beberapa bulan lalu. Pada majlis tu saya menyanyikan lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee tapi saya rock kan lagu tu. Selain tu ada juga dapat undangan nyanyian dengan Rimba Bara.

“Tapi untuk jadikan nyanyia sebagai karier serius, saya rasa tak mungin. Saya rasa kelakar. Sebab kat luar sana amai lagi suara yang bagus-bagus. Bila saya menyanyi, saya sekadar membawa karakter saya dalam filem tersebut. Selepas ni kalau saya diminta untuk menyanyi pun, hanya dalam filem sajalah. Tapi bergantung juga, misalnya kalau saya turut berlakon dalam filem itu.

“Bagi saya, kita kena sedar diri lah. Saya jumpa ramai bakat-bakat yang boleh menyanyi tapi mereka tak diberi peluang. Jadi saya rasa eloklah peluang itu diberikan pada yang lebih layak”, katanya.

Perkembangan lain, di samping sibuk dengan program ceramah dan bengkel motivasi anjurannya, Que memberitahu dia bakal memulakan penggambaran Rock Oo 3 tidak lama lagi. Selain itu dia juga masih menunggu tawaran filem daripada pengarah hebat Dain Said.

“InsyAllah akan ada Rock 3. Selain saya juga tengah tunggu Dain Said. Dari dulu lagi saya nak teringin kerja sekali dengan dia tapi ada jer masalah. Bila saya boleh dia pula ada komitmen lain. Begitu juga sebaliknya”, ujarnya yang sentiasa menginginkan naskah yang berbeza dan mencabar dirinya sebagai seorang pelakon. – Malaysian Digest

Kamis, 27 Februari 2014

Tsansa Jenglot dari Amerika Selatan





Tentunya kita sudah tidak asing lagi dengan Jenglot, figur manusia super mini yang hanya seukuran 10-12 cm, yang konon katanya adalah fosil orang berilmu tinggi yang menyusut dan memiliki kekuatan magis. 



Ternyata Jenglot bukan hanya ada di Indonesia, di Amerika Selatan sana juga terdapat sebuah legenda yang mirip yakni Tsansa. Namun bedanya bila di Indonesia adalah wujud tubuh utuh namun si Tsansa ini hanya bagian kepala yang dibuat menyusut. Beda yang lain adalah bila jenglot belum bisa dibuktikan secara ilmiah, sebaliknya kepala menyusut di Amerika ada proses yang dapat dijelaskan.



Kepala menyusut, atau shrunked head awalnya menjadi mitos yang sangat menakutkan di kawasan Amerika. Dulu, para penjelajah di kawasan Barat Amerika ngeri bila harus bertemu dengan suku Indian karena dua hal: kepala yang dikuliti (scalp) dan kepala yang dibuat kecil hingga seukuran bola tenis atau lebih kecil lagi.


Namun perlu diketahui bahwa tidak semua suku Indian mempraktekan aksi brutal tersebut. Legenda mengenai shrunked head menyebar di daerah Amerika Selatan, tepatnya di hutan hujan Amazon. Di tempat ini terdapat suku Shuar, Achuar, Huambisa, dan Aguaruna yang suka memburu kepala manusia untuk disusutkan. Mereka menyebutnya Tsansa (tzantza).





Nah, dalam edisi terbaru jurnal Archaeological and Anthropoligcal Sciences, para peneliti telah menganalisa bukti DNA yang mengungkapkan kisah legenda suku pemburu kepala di Amazon memang nyata.


Suku-suku tersebut membuat kepala jadi mengecil tidak dengan cara magis, tetapi dengan menghilangkan tengkorak dari kepala (setelah memenggal kepala musuh). Sayatan dibuat di bagian belakang leher dan semua kulit dan daging akan dihapus dari tempurung kepala. Biji merah ditempatkan di bawah kelopak mata dan kelopak mata yang dijahit tertutup. 



Lalu bola kayu akan ditempatkan sebagai pengganti tengkorak untuk membentuk kepala baru yang lebih kecil. Daging tersebut kemudian direbus dalam air yang telah diisi dengan sejumlah jamu yang mengandung tanin. 



"Setelah dipenggal, kepala musuh dengan teliti diciutkan melalui proses perebusan dan pemanasan dalam perayaan spiritual. Ini bertujuan agar roh jahat musuh terkunci. Proses ini juga untuk melindungi pembunuhnya dari balas dendam roh musuh," papar Gila Kahila Bar-Gal, penulis penelitian kepada Discovery News.



Konon, praktek tsansa ini memiliki makna keagamaan. Menyusutkan kepala musuh diyakini bisa mengambil semangat (spirit) si korban dan memaksanya melayani sang pemilik kepala. Hal ini juga untuk mencegah jiwa korban membalas kematiannya.



Penguasaan orang kulit putih di Amerika sempat menambah buruk perlakuan biadab ini. Orang kulit putih ternyata gemar mengoleksi tsansa, sehingga banyak praktek jual-beli tsansa. Dilaporkan, di tahun 1930-an harga sebuah tsansa hanya dibandrol 25 dollar saja.



Meningkatnya permintaan pasar juga membuat beberapa orang di Panama dan Kolombia membuat tsansa palsu. Mereka menggunakan mayat dari rumah duka atau kepala monyet. Seorang peneliti, Kate Duncan sempat menulis, "Diperkirakan bahwa sekitar 80 persen tsantsa di tangan swasta dan museum adalah palsu."


Untungnya pemerintah Peru dan Ekuador telah melarang praktek ini.






wahw33d

Orignal From: Tsansa - Jenglot dari Amerika Selatan

Rabu, 26 Februari 2014

Misteri akar pokok

AKAR POKOK...Juga seperti manusia.

SAINTIS telah menemui jawapan bagaimana akar pokok merasakan haluan tumbuhnya dalam kegelapan di dalam tanah.


Apabila akar tumbuhan bercambah dalam tanah, ia menemui pelbagai halangan seperti batu-batu yang menghalang laluannya. Bagaimanapun, akar tersebut bijak membuat lencongan pada sekitar halangan ini dan kajian terbaru yang diperincikan dalam jurnal Science memberitahu bagaimana ia dilakukan.

"Kuncinya terletak pada rerambut yang terdapat pada akar," kata ahli kumpulan kajian Liam Dolan dari John Innes Centre, Britain. "Kami telah mengenal pasti satu mekanisme kawalan penumbuhan yang membolehkan rerambut ini menemui laluannya, seterusnya memanjangkan akar apabila laluan itu tiada halangan.

Akar menemui jalannya di dalam tanah sama seperti manusia yang teraba-raba dalam gelap. Jika ia terlanggar sebarang halangan, ia dapat merasakan ada sesuatu di sekitarnya sehingga ia terjumpa satu ruang yang boleh diteruskan penumbuhan.

Akar melakukan ini menerusi kitaran kimia automatik. Sejenis protein di hujung rerambut akar yang dinamakan RHD2, mengtinjauankan radikal bebas yang merangsang penyedutan kalsium dari tanah. Kalsium-kalsium inilah yang meneruskan aktiviti kitaran berkenaan.

Kitaran itu akan berhenti apabila rerambut akar itu terlanggar halangan tersebut kerana kalsium tidak dapat lagi disedut. Akar tersebut kemudian mula tumbuh pada haluan yang lain.

Selasa, 25 Februari 2014

MB Pelantikan Saifuddin untuk bantu pembangunan

  • Ram Anand
  • Malaysiakini Jun 5 2013
 
Menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata pelantikan setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sebagai pegawai perhubungan politik kerajaan Selangor adalah untuk membantu pembangunan luar bandar.
Bagaimanapun, fungsi sebenar Saifuddin dalam pentadbiran negeri itu hanya akan dipastikan dalam satu pertemuan dengan pemimpin PKR.

Beliau juga enggan menjawab kritikan yang disuarakan pengerusi PKR negeri Azmin Ali berhubung pelantikan Saifuddin.

"Kami rasa kami perlu menghargai orang yang berbakat dan mampu membantu kita menunaikan manifesto," katanya dalam satu sidang media selepas mesyuarat exco pertama penggal ini di Shah Alam.

Azmin sebelum ini mempersoalkan pelantikan Saifuddin – yang tewas di kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu – ke jawatan tersebut, dan melangkaui pemimpin PKR Selangor lain.

Azmin mendakwa pelantikan itu tidak pernah dibincangkan di kalangan pemimpin PKR negeri dalam pertemuan sebelum ini.

Pembangunan luar bandar kini berada bawah seliaan Sallehin Mukhyi yang mengetuai portfolio hal ehwal Islam, pemodenan pertanian dan pembangunan desa.

Senin, 24 Februari 2014

Cara membeli Theme Premium Wordpress dengan Harga Murah

Sebelumnya saya pernah mengupasnya di Artikel Cara Membeli Theme Premium Wordpress dengan harga murah juga, cuman ada yang kurang lengkap karena belum menyertakan trik berikut ini:

1. Jelas seperti yang pernah saya sebutkan, Beli aja Paket Membership Themenya. Rekomendasi paket theme membership yang murah lintas kegunaan online yang terbaik bisa bayar pakai paypal maupun rupiah ya di http://is.gd/diskonThemeMANTAP.


cara membeli theme theme id kupon diskon terbaru
Harga Asli membership Tanpa Kupon


2. pergunakan kupon ketika membeli. Perhatikan, kadang tiap bulan atau di momen tertentu, para developer theme itu memberikan kupon yang bisa membuat kita bisa lebih hemat dalam pembayaran. contoh pada sekarang ini sampai 30 juni 2013 di http://is.gd/diskonThemeMANTAP ada kupon pembayaran. normalnya kalau dirimu langganan paket silver membership  itu harus bayar 70 dolar, kalau mempergunakan kupon  SILVERHAPPY2ND pas membayar, dirimu cuman butuh bayar 30 dolar aja. yang paket gold membership 120 dolar di diskon jadi $40 dengan memasukan kupon  GOLDHAPPY2ND pas pembayaran.

3. Gunakan theme langsung sesuai peruntukannya untuk mendapatkan uang online. theme itu cuman sarana, kalau ndak kita pakai atau kembangkan sesuai peruntukannya, bagaimana bisa mengtinjauankan. So, abis punya themenya, jalankan bisnismu :).

4. Kalau mau info theme satuannya, Berlaku sampai tanggal 30-juni 2013, kupon diskon 75% >> THEMEIDHAPPY2ND

Semoga Cara membeli Theme Premium Wordpress dengan Harga Murah dari kami bisa memberikan manfaat banyak bagimu.

Sabtu, 22 Februari 2014

Jerman Negara Pertama Benarkan Jantina Ketiga


Jerman bakal menjadi negara pertama di dunia yang akan menawarkan pilihan jantina ketiga tertulis di dalam sijil kelahiran bayi.

Undang-undang terbaru yang diluluskan itu menyatakan ibu bapa boleh mengosongkan bahagian jantina anak mereka dan membiarkan anak mereka membuat keputusan setelah mereka dewasa kelak.

Sebelum ini, dalam mana-mana sijil kelahiran hanya dua jantina sahaja yang diiktiraf iaitu lelaki dan perempuan.

Namun, sejak kebelakangan ini kita sering dihidangkan dengan pelbagai jantina baru seperti shemale yang merujuk kepada lelaki yang berperwatakan seperti wanita.

Hmm, macam-macam hal…

Oleh: AUDREY LEE

Jumat, 21 Februari 2014

Mesti Baca!! Tips Penting Untuk Keselamatan Penumpang Teksi



Mesti Baca : Tips Penting Untuk Keselamatan Penumpang Teksi | Dikongsikan dari laman facebook rasmi Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ). Kebelakangan ini sering dilaporkan mengenai jenayah yang melibatkan pengangkutan perkhidmatan awam, iaitu teksi.

Di sini kami berikan beberapa tips keselamatan yang boleh dijadikan panduan kepada penumpang teksi untuk lebih berhati-hati ketika menggunakan perkhidmatan tersebut, agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah segelintir pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab.

1. Perhatikan keadaan teksi sebelum menaikinya. Jika bahagian dalaman kereta tidak mempunyai pemegang pintu atau butang kunci, segera batalkan niat anda untuk menaiki teksi tersebut.

2. Jadikan sebagai tabiat untuk menghafal dan catat nombor plat teksi serta maklumat pemandu yang kebiasaannya ditampal pada papan pemuka (dashboard). Ambil gambar maklumat-maklumat berkenaan menggunakan telefon /kamera jika boleh.

3. Segera hubungi keluarga atau rakan dan bercakap dengan nada yang boleh didengari oleh pemandu teksi dengan menyatakan anda sedang berada di dalam kenderaan tersebut, dan beri anggaran waktu pukul berapa anda akan tiba ke destinasi.

4. Elakkan menaiki teksi yang telahpun mempunyai penumpang lain di dalamnya.

5. Elakkan daripada duduk di bahagian depan dan pastikan telefon sentiasa di tangan.

6. Berteman terutamanya kepada kaum wanita jika anda terpaksa menaiki teksi pada lewat malam. Gunakan alternatif lain terlebih dahulu seperti menghubungi ahli keluarga untuk mengambil anda atau bermalam di rumah rakan yang boleh dipercayai jika situasi tidak mengizinkan untuk anda pulang lebih awal.

7. Membuat tempahan secara online dengan syarikat teksi yang bereputasi baik. Ia bagi memudahkan anda membuat semakan maklumat teksi yang diberi adalah tepat dengan kenderaan yang dihantar.

8. Penggunaan aplikasi tempahan teksi juga didapati merupakan cara yang selamat bagi wanita yang terpaksa pulang ke rumah pada lewat malam. MyTeksi adalah contoh aplikasi yang disediakan kepada pengguna Android dan iPhone di Malaysia bagi tujuan tersebut.

9. Akhir sekali, percaya kepada naluri hati anda. Jika rasa tidak sedap hati dengan keadaan teksi atau penampilan pemandu yang mencurigakan, JANGAN NAIKI TEKSI TERSEBUT! Tidak perlu rasa bersalah dengan tindakan itu kerana anda perlu percaya pada diri sendiri lebih daripada orang lain.

Kongsikan dengan kami jika anda mempunyai tips keselamatan lain ketika menaiki teksi yang boleh dipraktikkan demi kebaikan ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain.

media-siber

Kamis, 20 Februari 2014

Kreatif Tapi Pelik! Bercinta Dengan Tangan Sendiri


ANDA pernah bayangkan tak seseorang bercinta dengan tangan sendiri? Benda pelik tetapi perkara ini berlaku di Jepun.

Menurut sumber, seorang jurugambar Jepun mengajar para lelaki yang sunyi ketiadaan teman wanita dengan melakukan suatu perkara yang boleh dikatakan pelik tapi menarik. Apa dia? Okay, penulis ceritakan ye.

Jurugambar yang bernama Keisuke Jinushi ini telah menghias tangan kanannya menjadi tangan seperti seorang wanita.

Bila anda tengok gambar baru anda faham apa yang penulis cakapkan ini. Dia yang merupakan penuntut jurusan seni di salah sebuah universiti di Tokyo telah menyolek tangan kanannya menjadi tangan wanita malah lebih teruk lagi mengambil gambar setiap perlakuannya.

Tangan kanan menyerupai tangan wanita dibuatnya seperti sedang menyuap makanan, mengelap bibir dan banyak lagi. Jadi, gambar yang diambil akan dimuat naik di Instagram dan orang ramai melihat aksi mesra dengan ‘teman wanita’ padahal adalah tangan kanannya. Mungkin ini cara dorang nak elak dari kesunyian kot.

1

2

3

3

4

5

6

Rabu, 19 Februari 2014

Kreasi benda benda yang terinspirasi dari The Avengers

http://blogspot.com

http://blogspot.com

http://blogspot.com

http://blogspot.com

http://blogspot.com

http://blogspot.com

http://blogspot.com

http://blogspot.com

http://blogspot.com

http://blogspot.com

http://blogspot.com

Selasa, 18 Februari 2014

Kereta Terbabas Ketua Wanita Umno Nyaris Maut

sinar harian

src="http://static.ak.fbnet/connect.php/js/FB.Share" type
src="http://static.ak.fbnet/connect.php/js/FB.Share" type
Chenor - Ketua Wanita Umno Cawangan Felda Jengka 3, Rahimah Abdul Rahman dan rakannya nyaris maut setelah kenderaan dinaiki mereka terbabas hingga hampir terjunam ke dalam sungai dekat Kampung Jengka Batu 13, di sini, semalam.

Gambar: Kereta dinaiki mangsa terbabas lalu merempuh pengadang jalan dan hampir terjunam ke dalam sungai, namun terhalang oleh paip besar di tepi jambatan berdekatan Bukit Genting.

Rakannya, Kamariah Mat Sharif, 64, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mereka berdua dalam perjalanan pulang dari Temerloh ke Jengka 3 atas urusan memperbaharui cukai jalan kenderaan.

Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian, kereta jenis Proton Saga BLM yang dipandu Rahimah hilang kawalan sebelum terbabas lalu merempuh pengadang jalan.

“Akibat rempuhan itu, kereta seakan terbang dan menjunam ke arah tepi jambatan dan nyaris masuk ke dalam sungai tetapi terhalang oleh sebatang paip besar.

“Orang ramai membantu mengeluarkan kami berdua dari kereta. Keadaan Rahimah lemah kerana tekanan darah tinggi akibat terkejut dengan apa yang baru kami alami.

“Alhamdulillah, kami berdua selamat dan hanya mengalami luka kecil,” katanya kepada Sinar Harian.

Kedua-dua mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan pekan Awah dengan bantuan orang ramai.

Kamariah berkata, mereka berdua keluar dari rumah ke Temerloh pada jam 2 petang selepas Rahimah beria-ria mahu mengambil cukai jalan yang sudah diperbaharui kerana tamat tempoh semalam.

"Memang Rahimah nampak penat kerana kami berdua mempunyai jadual aktiviti kemasyarakatan yang agak padat sepanjang Ramadan ini.

“Rahimah mahu juga ambil cukai jalan hari ini (semalam) kerana esok (hari ini) dia perlu membawa anak yatim ke satu majlis sumbangan menggunakan kenderaan ini,” katanya.  GREENBOC

Senin, 17 Februari 2014

10 Hal pertama yang penting dalam hukum

Hukum adalah hal yang mempengaruhi kehidupan sehari-hari kita yang terkadang sangat jarang kita pikirkan. Ada masa dimana hukum yang kita kenal saat ini belum ada sebelumnya. Berikut adalah 10 hal pertama yang penting dalam sejarah dunia hukum.

10. Hukum Paten Pertama
http://blogspot.com
Terdapat bukti yang menegaskan bahwa sesuatu seperti paten telah digunakan di beberapa kota kuno Yunani. Pencipta sebuah resep masakan baru dianugerahi sebuah hak eksklusif untuk memasak makanan itu selama setahun, dan praktek yang sama juga berlaku di beberapa kota Romawi. Paten modern bermula di Italia tahun 1474. Pada waktu itu Republik Venesia mengeluarkan sebuah dekrit bahwa penemuan peralatan baru, yang telah digunakan, harus dilaporkan kepada republik untuk mendapatkan hak yang mencegah orang lain menggunakannya. Inggris mengikuti hal serupa dengan Statute of Monopoli di tahun 1623 di bawah pemerintahan Raja James I, yang menyatakan bahwa paten hanya dapat diberikan pada proyek-proyek penemuan baru saja.

9. Hukum Hak Cipta (Copy right) Pertama
http://blogspot.com
Hak cipta (copy right) tidak ditemukan sampai perkembangan teknologi press cetak dan dengan tingkat bebas buta huruf yang semakin besar. Statute of Anne merupakan hukum copy right pertama dan memberikan si pengarang hak-haknya untuk jangka waktu tertentu. Secara internasional, Konvensi Berne di tahun 1887 memberikan lingkup perlindungan copy right dan masih digunakan sampai saat ini.

8. Hak Pilih Universal Pertama
http://blogspot.com
Di tahun 1893, New Zealand menjadi Negara pertama di dunia yang memberikan hak pilih bagi wanita. Ini adalah untuk pertama kalinya wanita dalam sejarah dunia barat diberikan kekuatan hukum sebesar kaum pria.

7. Dewan Juri Pertama
http://blogspot.com
Konsep juri modern pertama dapat dilacak di Magna Carta, yang memberikan para bangsawan Inggris hak untuk diadili oleh rekan-rekannya (daripada hanya diadili oleh raja atau pejabat Negara lainnya).

6. Penggunaan Pertama Habeas Corpus
http://blogspot.com
Habeas corpus (harfiah: anda memiliki tubuh anda) adalah sebuah tindakan hukum dimana seorang tahanan dapat dibebaskan dari penahanan yang tidak sah. Blackstone (seorang juri Inggris) menuliskan catatan penggunaan habeas corpus pertama di tahun 1305 selama masa pemerintahan Raja Edward I.

5. Pengacara Pertama
http://blogspot.com
Orang-orang pertama yang dapat dikatakan “pengacara” mungkin adalah para orator Athena kuno. Namun, orator Athena menghadapi kendala struktural yang serius. Pertama, terdapat peraturan bahwa individu seharusnya untuk membela kasus mereka sendiri, yang segera dialihkan dengan meningkatnya kecenderungan individu untuk meminta seorang "teman" sebagai bantuan, dan kedua, orator tidak diizinkan meminta bayaran atas jasa layanan mereka. Sebuah hukum yang berlaku tahun 204 SM melarang advokat Romawi meminta bayaran, tetapi hukum ini secara luas diabaikan. Kaisar Claudius, yang mensahkan advokasi sebagai sebuah profesi dan memungkinkan advokat Romawi untuk menjadi pengacara pertama yang bisa praktek secara terbuka, menghapuskan larangan biaya. Sejak awal, tidak seperti Athena, Roma mengembangkan kelas spesialis yang mempelajari hukum, yang dikenal sebagai jurisconsult (iuris consulti).

4. Penangkapan Pelaku Kriminal dengan DNA Pertama
http://blogspot.com
Colin Pitchfork adalah pelaku criminal pertama yang tertangkap dengan bukti sidik jari DNA. Pitchfork terbukti memperkosa dan membunuh dua gadis di Narborough pada tanggal 21 November 1983 dan 31 Juli 1986. Dia ditangkap pada tanggal 19 September 1987, mengakui perbuatannya dan dihukum penjara seumur hidup pada 23 Januari 1988.

3. Penggunaan Sidik Jari Pertama
http://blogspot.com
Tidak diketahui pastinya kapan sidik jari digunakan. Tetapi kita dapat melihat dokumentasi penggunaan sidik jari yang penting sbb:
Abad 14 M, Persia: pada berbagai dokumen resmi pemerintah digunakan sidik jari, dan seorang dokter mengamati bahwa tidak ada dua sidik jari yang identik

1823: Jan Evangelista Purkyne, seorang professor anatomi dari Universitas Breslau, mempublikasikan tesisnya yang membahas 9 pola sidik jari, tetapi dia tidak menyebutkan penggunaan sidik jari untuk mengidentifikasi seseorang.

1880: Dr. Henry Faulds mempublikasi makalah pertamanya tentang hal ini dalam jurnal sains Nature di tahun 1880. Kembali ke UK di tahun 1886, dia menawarkan konsep ini ke Metropolitan Police di London, tetapi ditolak.

1892: Sir Francis Galton mempublikasikan sebuah statistic model detail dari analisis sidik jari dan identifikasi dan mendorong penggunaannya dalam ilmu forensic di dalam bukunya berjudul Finger Prints.

1892: Juan Vucetich, seorang polisi Argentina yang telah mempelajari tipe pola Galton selama setahun, membuat identifikasi sidik jari criminal pertama. Dia bertinjauan membuktikan Francisca Rojas bersalah atas pembunuhan setelah menunjukkan sidik jari berdarah yang ditemukan di lokasi kejadian adalah miliki wanita tersebut.

2. Polisi Pertama
http://blogspot.com
Konsep polisi dibayar pemerintah telah muncul di abad 17 dan awal abad 18, terkenal dengan sebutan Nicolas Delamare’s Traite de la Police (“Risalah tentang Polisi”), pertama diterbitkan 1705. German Polizeiwissenschaft (Pengetahuan Polisi) juga merupakan sebuah formulasi teoritis tentang polisi yang penting. Tahun 1667, pemerintahan Raja Louis XIV menciptakan satuan polisi pertama modern di kota terbesar di Eropa.

1. Hukum Tertulis Pertama
http://blogspot.com
Sejarah hukum erat terkait dengan perkembangan peradaban. Hukum Mesir Kuno, sejak 3000 SM, memiliki kode sipil yang mungkin dibagi menjadi dua belas buku. Hal ini didasarkan pada konsep Maat, ditandai dengan tradisi, pidato retorik, kesetaraan sosial dan keadilan yang tidak memihak. Sekitar tahun 1760 SM Babylonia Kuno di bawah Raja Hammurabi, membuat hukum yang dikodifikasikan dan dimasukkan ke dalam batu bagi publik di pasar, hal ini dikenal sebagai Codex Hammurabi.

Sumber : kaskus.us

Minggu, 16 Februari 2014

Kambing ‘suci’ RM640 000

myMetro 29 Okt 2012


JAIPUR: Seekor kambing ditawar untuk dijual pada harga RM640,000.
Islam Bhati, 37, dari Rajasthan berusaha menjual kambing ajaib dengan harga itu kepada keluarga Islam yang menyambut Aidiladha.

Haiwan berusia dua tahun itu mempunyai perkataan ‘Allah’ tertera pada sebelah badannya.


Pada sebelah lagi, terpampang pula imej bulan sabit dan bintang.

“Ia haiwan ajaib dan saya beruntung memilikinya. Kami menjaga kambing ini seperti anak kami dan ia yang terbaik di kawasan ini.


“Kami dengan senang boleh menjual haiwan ‘suci’ ini dengan 11 juta rupi (RM640,000). Harga itu agak berpatutan,” kata Islam.



Dia yang menguruskan perdagangan batu marmar milik keluarganya membeli kambing itu di kawasan ternakan berdekatan.

“Saya menyedari mengenai perkataan Allah dan imej bintang dan bulan itu sebaik membelinya. “Sejak membawanya pulang ke rumah, kami menjaganya dan memberinya makan kekacang, daun pokok segar dan buah-buahan kering. “Dagingnya sudah pasti enak,” kata lelaki itu.


Islam ditawarkan dengan harga yang tinggi untuk kambing berkenaan sejak mengiklankannya di Internet minggu lalu.

Jumat, 14 Februari 2014

Kasihannya! Tangan Tersepit di Mangkok Tandas Ketika Mahu Selamatkan Cincin Kahwin

  18 Oktober 2013
 
Foto: Dailymail.co.uk
Lelaki ini   mempertaruhkan tangannya kerana cincin kahwin terjatuh ke lubang tandas.
Selamatkan Cincin Kerana Takut Isteri Berleter
Lelaki ini bernama Zhang, dia terpaksa meminta tolong anggota bomba setelah kerana tangannya tersepit di lubang tandas. Tangan Zhang tersepit ketika dia berusaha mengambil cincin kahwinnya yang jatuh ke dalam lubang tandas duduk. Zhang berfikir bahawa itu adalah hal yang buruk, kerana isterinya boleh ngomel, dilansir oleh Dailymail.co.uk, Khamis (17/10).

Foto: Dailymail.co.uk 
Foto: Dailymail.co.uk
Kisah bermula ketika lelaki yang bekerja di wilayah Quanzhou, China ini mahu mandi, Zhang membuang cincinnya. Dia langsung panik ketika cincin itu tidak sengaja jatuh ke lubang tandas. Ketika tangannya mencuba mengambil cincin, tangannya tidak boleh diangkat semula ke atas. Mulanya Zhang menggunakan sabun agar tangannya dapat lepas, namun usaha itu sia-sia.
Panik kerana tangannya tidak mau lepas, akhirnya lelaki itu berteriak minta tolong. Beruntung teman-teman Zhang mendengar dan segera membantu rakan mereka yang sedang keletihan. Sayang sekali, mereka juga tidak dapat membantu Zhang. Akhirnya mereka memanggil bantuan anggota bomba

Foto: Dailymail.co.uk 
Foto: Dailymail.co.uk
Usaha penyelamatan ini cukup rumit. Petugas bomba terpaksa membongkar paip tandas di bahagian bawah lantai. Waktu yang cukup lama itu membuat Zhang lemas, apalagi bahagian paip   dekat tangannya harus digerudi. Beruntung, anggota bomba bertinjauan melepaskan tangan Zhang dari tersangkut . Tubuh Zhang yang lemas akhirnya dipapah pasukan perubatan, namun semua baik-baik saja.

Foto: Dailymail.co.uk 
Foto: Dailymail.co.uk
Tidak diketahui apakah cincin kahwin Zhang bertinjauan diselamatkan dalam insiden tersebut. Yang pasti, kejadian ini boleh menjadi pengajaran bagi anda untuk lebih berhati-hati, terutama bersangkutan benda penting seperti cincin kahwin. 

sumber:Vemale.com

Kamis, 13 Februari 2014

Diskaun 20 79 134 Bayar Balik Pinjaman PTPTN


KUALA LUMPUR – Insentif diskaun 20 peratus bagi pembayaran balik keseluruhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah mendapat sambutan menggalakkan, termasuk daripada mereka yang disenarai hitam.

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, sejak 1 Oktober 2012 hingga tarikh akhir insentif itu Isnin lepas, seramai 4,469 daripada 79,134 peminjam yang melangsaikan hutang mereka, terdiri daripada mereka yang disenarai hitam.

“PTPTN telah menerima pembayaran balik sebanyak RM758.20 juta daripada 79,134 peminjam dan setelah ditolak diskaun 20 peratus, jumlah keseluruhan bayaran pinjaman yang diterima adalah RM606.56 juta,” katanya dalam sidang berita, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemberian insentif diskaun 20 peratus yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013, telah membantu mengatasi masalah hutang tertunggak para peminjam PTPTN.

“Pembayaran balik pinjaman PTPTN adalah sangat penting kerana ia memastikan kelestarian PTPTN dan menjamin pembiayaan kepada generasi yang akan datang sebagaimana kemudahan yang diperoleh peminjam PTPTN ketika ini” katanya.

Shamsul Anuar berkata, kutipan pembayaran balik pinjaman PTPTN semakin meningkat dengan RM553 juta berjaya dipungut pada 2009, RM638 juta (2010), RM737 juta (2011) dan RM800.47 pada tahun lepas.

Bagaimanapun secara keseluruhan bayaran balik pembiayaan pendidikan yang diterima sehingga 31 Ogos lepas hanya RM4.48 bilion atau 48.04 peratus daripada bayaran balik sebenar yang sepatutnya diterima, iaitu sebanyak RM9.33 bilion, katanya.

Jumlah tersebut setelah ditolak penangguhan dan pengecualian bayaran balik berjumlah RM130 juta (RM0.13 bilion), tambahnya.

Katanya, setakat ini seramai 887,337 atau 66.15 peratus daripada keseluruhan 1.341 juta penerima pinjaman PTPTN telah membayar balik pinjaman.

Jelas beliau, para peminjam masih boleh mendapat insentif diskaun 10 peratus jika memulakan bayaran balik pembiayaan PTPTN mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan.

“PTPTN sentiasa bersedia untuk berunding sekiranya terdapat kekangan untuk peminjam melaksanakan bayaran balik mengikut jadual dan melakukan penstrukturan semula pinjaman,” katanya. – BERNAMA

Rabu, 12 Februari 2014

11 rakyat malaysia cedera di Hatyai


SABTU, 31 MAC 2012

PASUKAN penyelamat termasuk bomba melakukan kerja memadam api dan menyelamat mangsa di hadapan Hotel Lee Gardens Plaza, Hatyai semalam.



BANGKOK /KUALA LUMPUR – Seramai lima orang terbunuh manakala lebih 300 yang lain cedera dalam kebakaran sebuah hotel semalam di Hatyai semalam, kata beberapa pegawai.

Hatyai yang terletak dalam wilayah Songkhla ialah bandar raya terbesar di selatan Thailand yang menjadi destinasi popular di kalangan rakyat Malaysia.

Kebakaran berlaku di Hotel Lee Gardens Plaza yang terletak di pusat bandar Hatyai pada pukul 1 petang waktu tempatan (pukul 2 petang waktu Malaysia).

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Aini Atan memberitahu, letupan dipercayai akibat kebocoran gas di sebuah restoran makanan segera yang terletak di tingkat satu bangunan 33 tingkat itu.

Katanya, sejumlah 11 rakyat Malaysia yang cedera itu menerima rawatan di Hospital Hatyai.

Bagaimanapun jelasnya, status kecederaan dan identiti mereka masih belum dikenal pasti.

“Pihak kami sedang mengumpul maklumat mengenai rakyat Malaysia yang cedera dalam letupan gas itu. Namun tiada rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian itu,” katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Gabenor Wilayah Songkhla, Grisada Boorach pula memberitahu, empat lelaki dan seorang wanita maut dalam tragedi tersebut, namun identiti masing-masing masih belum dikenalpasti.

Selasa, 11 Februari 2014

10 Spesies Hewan yang Paling Sulit Ditemukan di Bumi

Makhluk-makhluk ini berada di tempat-tempat tersembunyi seperti kedalaman laut atau gua yang sangat dalam. Hewan-hewan berikut ini mungkin bukan yang paling indah, tetapi mereka adalah jenis hewan yang paling sulit ditemukan di bumi.


10. Solenodon

Solendon adalah mamalia kecil yang berasal dari Kuba dan Hispanola. Makhluk ini sangat mirip dengan tikus, ia memiliki moncong panjang dan ekor bersisik. Namun, Solenodon memiliki moncong yang fleksibel sebagai kebalikan dari tikus kesturi.

Ciri khas lain dari hewan ini adalah bahwa hewan ini sangat beracun. Solenodon adalah satu-satunya mamalia yang dapat menyuntikkan mangsanya dengan bisa racun ular. Jadi yang terbaik adalah mundur jika Anda menemui makhluk ini, karena mereka akan jatuh lalu menggigit di atas topi Anda.


9. Kakapo

Kakapo adalah satu-satunya kakatua yang tak bisa terbang di planet ini. Sedangkan sepupu mereka melakukan perjalanan melalui udara, spesies ini memilih untuk berjalan kaki atau naik dari tempat satu ke tempat lainnya.

Burung ini dapat ditemukan di Selandia Baru dan sering disebut sebagai burung beo hantu. Makhluk ini mendapat julukan dari bentuk cakram bulu di sekitar mata. Burung beo ini juga ditetapkan sebagai burung beo terbesar dengan berat mencapai 8 kg.


8. Olm

Olm adalah amfibi yang berasal dari Eropa, terutama dapat ditemukan di Italia. Makhluk ini memiliki tubuh panjang berwarna putih, dengan empat kaki kecil. Sekilas terlihat sangat mirip dengan ular kecil.

Kadal ini menghabiskan hidupnya di gua-gua bawah tanah. Makhluk ini mempunyai mata yang tidak berkembang dan benar-benar buta. Walaupun Olm tidak dapat melihat bukan berarti tak berdaya. Olm mengkompensasi kekurangan penglihatan dengan pendengaran yang luar biasa dan indera penciuman.


7. Kelelawar Bumblebee

Kelelawar Bumblebee dapat ditemukan di gua-gua batu kapur, Tenggara Thailand dan Burma. Bumblebee dewasa panjangnya hanya satu inci dari kepala ke ekor. Kelelawar ini tumbuh dengan memiliki fitur lain yang membedakannya, yaitu moncongnya yang menyerupai moncong babi.


6. Ichthyophis Kohtaoensis

Ichthyophis Kohtaoensis adalah amfibi langka yang asli Kamboja, Laos dan Thailand. Makhluk ini memiliki tubuh seperti ular panjang dengan ekor runcing.

Reptil ini memiliki tubuh abu-abu gelap dengan perut kuning. Salah satu fitur yang membuat unik reptil ini adalah fakta bahwa ia memiliki dua otot yang mengontrol rahang.


5. Hiu berjumbai

Hiu berjumbai adalah sebuah keanehan di dunia hewan. Sampai abad ke-19 para peneliti berpikir hewan ini sudah mati bersama dinosaurus. Namun, ini terbukti tidak benar, karena beberapa nelayan pernah menangkapnya dan juga beberapa penemuan bangkai makhluk ini.

Hiu ini terlihat mirip dengan belut, ia memiliki tubuh memanjang. Hiu berjumbai memiliki kepala berbentuk segitiga dengan tubuh abu-abu panjang. Hiu ini tidak memiliki sirip punggung besar, berbeda dengan sebagian besar spesies hiu lainnya.


4. Monito Del Monte

Monito Del Monte adalah istilah Spanyol untuk "monyet kecil". Tapi nama ini menipu. Monito Del Monte sebenarnya adalah marsupial yang hidup di Chili dan Argentina.

Spesies mamalia ini dianggap punah lebih dari 11 juta tahun yang lalu. Namun, penjelajah modern menemukan makhluk ini di era modern.

Marsupial kecil ini memiliki tubuh tikus dengan bulu coklat dan besar, telinga runcing dan ekor panjang. Fitur yang membedakan hewan ini adalah matanya yang besar dan ia hidup di pohon-pohon di hutan hujan. Ekor panjang ini membantu ia untuk berayun dari cabang-cabang.


3. Addax

Jenis Kijang ini sedikit sekali ditemukan di gurun Sahara. Mereka terlihat seperti banyak spesies kijang lain, namun setelah pemeriksaan lebih lanjut mereka sebenarnya sangat berbeda. Spesies ini memiliki gigi persegi seperti sapi. Juga, tanduk pada spesies ini sangat panjang dan melengkung, sehingga memiliki julukan "Kijang Tanduk Sekrup".


2. Dugong

Dugong adalah hewan laut besar yang sangat menyerupai Manatee. Sementara makhluk-makhluk sejenis yang berada dalam keluarga yang sama disebut Sirenia, mereka berbeda dari Manatee.

Dugong dapat ditemukan di perairan utara Australia dan ke dalam wilayah Indio-Pasifik. Mamalia ini memiliki tubuh abu-abu panjang dengan dayung seperti sirip ke arah kepala.

Ekor hewan ini terlihat mirip dengan ekor lumba-lumba. Juga, makhluk ini memiliki mulut yang keluar di samping dan berada dalam posisi yang lebih berbalik ke bawah, sehingga mudah untuk memakan rumput di kehidupan vegetatif dasar laut.


1. Saola

Saola sejauh ini merupakan mamalia yang paling langka di Bumi. Makhluk ini adalah asli Vietnam dan Laos. Hewan ini tumbuh dengan tinggi sekitar 3 meter. Sekilas terlihat mirip dengan kambing.

Mamalia ini memiliki ekor kecil dan telinga panjang. Namun, hewan ini memiliki pola yang sangat berbeda dengan kambing. Ia memiliki bintik-bintik putih dan garis-garis pada wajahnya.


sumber