Jumat, 31 Januari 2014

Pramugari Ditiduri Hantu Raya

Sejak dari dulu lagi, kita telah dihidangkan dengan kisah pelbagai jenis hantu antaranya hantu langsuir, hantu galah dan hantu raya. Di bawah ini adalah satu dari sebuah kisah benar mengenai seorang pramugari yang telah ditiduri oleh hantu raya. Sepasukan ahli perubatan Islam hadir untuk membantu membuang gangguan tersebut. Jom baca kisah di bawah ini






Cuaca pada malam itu agak dingin. Semua penghuni rumah teres dua tingkat di Nilai, Negeri Sembilan itu sudah tidur semasa Keena pulang daripada kerja. Pada masa itu jarum jam menunjukkan pukul 11 malam. Pramugari itu terus ke bilik air untuk membersihkan tubuh setelah 13 jam mengharung penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
Sedang dia asyik menghayati siraman air suam kuku, tiba-tibapandangan mata Keena terarah kepada sebuah objek yang melekat pada cermin pemisah bilik airnya.Dek terlalu letih, Keena tidak banyak berfikir. Dia menyangkakan objek itu mungkin seekor kelawar yang tersesat ke dalam kamar mandinya. Seketika kemudian objek berwarna hitam itu lenyap.
“Bila diamati betul-betul ia seolah-olah tapak tangan lembaga hitam yang diletakkan pada cermin itu,” tutur Keena, 37.
Putus tunang
Sejak setahun lalu, ibu tunggal itu sudah terbiasa dengan kejadian pelik di rumahnya. Rumah tersebut didiami Keena bersama ibu, adik dan seorang anak lelakinya.
Malah, adik perempuan Keena mendakwa pernah melihat makhluk seakan-akan beruk besar berdiri di atas bumbung rumahnya. Jelas Keena, sejak bercerai dengan suaminya enam tahun lalu, rumah itu tidak lagi tenteram seperti dahulu.






Ada sahaja gangguan misteri berlaku. Daripada bunyi bising hinggalah jelmaan makhluk hitam berbulu yang menemani tidurnya.
“Lampu terpadam tiba-tiba, bunyi orang sedang berjalan dan benda mencakar dinding sudah menjadi perkara biasa buat saya. Kadang-kadang ada bunyi guli melantun di atas siling.
“Semasa tidur pula ada makhluk berbulu hitam pekat sering menindih saya. Apabila dibacakan ayat Kursi dan dilaungkan azan ia akan hilang tetapi akan muncul semula.
SEMASA azan dilaungkan terdapat bunyi seakan-akan almari diketuk.
“Bukan itu sahaja, sejak mengalami gangguan itu, emosi saya selalu tidak stabil. Saya menjadi semakin panas baran dan mudah marah,” jelas Keena dalam nada sugul kepada Jurnal.
Dia tidak sahaja diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan jelmaan makhluk yang menyeramkan, bahkan kehidupan peribadi Keena turut merudum.
Setelah bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang pramugara pada tahun 2006, Keena mengalami banyak kegagalan dalam percintaan.
“Dalam tempoh itu saya sudah bertunang sebanyak tiga kali. Apabila hampir untuk diijabkabulkan, hubungan kami terputus tanpa sebab. Saya baru sahaja putus tunang dengan seorang mualaf.
“Dia tiba-tiba tidak jadi berkahwin dengan saya walaupun hanya tinggal seminggu lagi. Saya bingung, mengapa semua ini berlaku?” kata Keena.
Menyedari keanehan itu, Keena berjumpa ramai pakar perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan. Malangnya keanehan berlaku lagi sewaktu dia membawa seorang ustaz ke rumahnya untuk berubat. Dalam perjalanan itu, kereta mereka dihalang oleh seekor ular besar berwarna hitam.
Ular itu bagaikan hendak menghalang ustaz itu daripada tiba ke rumah Keena.
“Sewaktu menjemput seorang ustaz daripada jalan utama ke kawasan rumah saya, konvoi kami dihalang oleh ular itu.
Disetubuhi
“Ular berwarna hitam yang berdiri setinggi kereta itu berada betul-betul di tengah laluan kami sebelum ia tiba-tiba lenyap.
“Anak saya memberitahu bahawa dia seperti sedang menonton rancangan National Geographic secara langsung. Itulah pertama kali saya melihat ular yang begitu besar,” tutur Keena.
Menurut seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafei, Keena sebenarnya menderita akibat disihir dan diganggu hantu raya.
“Makhluk berbulu yang sering dilihat Keena itu kalau di kampung dipanggil hantu raya. Ia dibela sejak zaman-berzaman dan dihantar untuk memecahbelahkan kehidupan orang lain.
“Dalam diri Keena sendiri ada makhluk halus yang bersarang. Kerana itulah emosi dia kerap terganggu kerana terdapat kesan lebam pada tubuhnya,” tutur Shamsuri.
Tambah Shamsuri, lebih teruk apabila makhluk berbulu setinggi manusia biasa itu boleh melakukan persetubuhan dengan mangsa.
“Ada mangsa gangguan hantu raya yang mengaku dia disetubuhi oleh makhluk itu. Biarpun dalam keadaan tidak sedar, tetapi ciri-ciri seperti seseorang yang selesai bersetubuh itu terdapat pada mangsa,” tambah Shamsuri.
Baru-baru ini, Shamsuri melakukan proses menghalau makhluk tersebut dan memagar rumah Keena dengan bacaan ayat-ayat rukyah.
Setiap bilik di rumah Keena dibacakan ayat-ayat suci berserta bacaan doa untuk menghalau makhluk ghaib tersebut. Sebuah bilik di bahagian belakang yang didakwa oleh Shamsuri sebagai tempat hantu raya tersebut duduk dilaungkan dengan alunan azan.
Ketika Shamsuri dan tiga orang pembantunya melaungkan azan secara serentak itu, perhatian Jurnal tertarik oleh bunyi dari sebuah almari.
Bunyi jari telunjuk yang mengetuk pintu almari itu bersahutan sebanyak empat kali sebelum ia berhenti.
Jelas Shamsuri, apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran dan azan, makhluk halus tersebut akan berasa panas dan marah. Seterusnya akan kedengaran bunyi-bunyi seperti mencakar dinding, bunyi cawan dan harimau mengaum.
“Tanda-tanda ini akan berlaku pada waktu malam selepas ia dihalau. Ini bermakna ia tidak akan mengganggu lagi mangsanya,” kata Shamsuri.

Kamis, 30 Januari 2014

Bekas Suami Nafi Dakwaan Rogol Nor Fazira


KULIM – Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20, menafikan dakwaan bahawa dia telah merogol Nor Fazira Saad dan mengahwininya untuk mengelakkan diri daripada didakwa.

“Kami hanya mengadakan hubungan seks selepas berkahwin,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Kampung Nagalilit dekat sini.

Dia mendakwa isterinya menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil, tiga atau empat bulan sebelum dia menyedarinya.

“Rakan-rakan saya yang ada di sana melihat dia (Nor Fazira Saad) begitu mesra dengan seorang lelaki. Dia mengenali lelaki itu ketika bekerja di pekan Padang Serai (dalam daerah Kulim).

“Kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, saya membuat keputusan untuk menceraikannya,” kata Mohd Fahmi.

Mohd Fahmi menceraikan Nor Fazira dengan talak satu.

Dia berkata, mereka merupakan pasangan bahagia sebelum lelaki itu mengganggu rumah tangga mereka.

“Dia amat biadap terhadap ibu bapa saya dan tidak pernah memasak.

“Dia akan lari dari rumah setiap kali dia tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara,” kata Mohd Fahmi.

Ibu Mohd Fahmi yang enggan namanya didedah berkata, turut menyangkal dakwaan Nor Fazira tidak diberi makan.

“Kami menjaganya dengan baik dan menerimanya walaupun dia berperangai jahat,” katanya.

Mohd Fahmi yang bekerja di ladang kelapa sawit menerima gaji RM1,000 sebulan.

Dia berhenti sekolah ketika berumur 16 tahun untuk bekerja.

Dia mendakwa bertemu Nor Fazira dua bulan sebelum perkahwinan mereka, November tahun lalu.

“Pada mulanya hubungan kami tidak ubah seperti hubungan adik beradik tetapi perasaan cinta mula wujud selepas itu,” kata Mohd Fahmi. - mStar Online

Rabu, 29 Januari 2014

Angola Negara Pertama Di Dunia HARAMKAN Islam Mula Runtuhkan Masjid Masjid!


ANGOLA menjadi negara pertama di dunia yang memutuskan untuk melarang perkembangan agama Islam dan komuniti Muslim di negara tersebut.

Kerajaan mereka kini sedang mengambil langkah menghancurkan masjid-masjid di negara berkenaan.

Presiden Angola, Jose Edurado dos Santos dipetik sebagai berkata, kini tiba masanya pengaruh Islam berakhir di negaranya.


Sementara itu Rosa Cruz de Silva , Menteri Kebudayaan Angola berkata , tindakan itu diperlukan bagi membanteras ibadah yang ‘bertentangan’ dengan budaya penduduk di negara itu.

” Masjid akan ditutup sampai pemberitahuan lebih lanjut , ”  katanya.


DALAM perkembangan berkaitan, Ikatan Muslimin Malaysia hari ini mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Angola mengharamkan Islam, menutup masjid-masjid dan merobohkan sebahagiannya.

“Tindakan mereka tidak masuk akal dan sangat melampau. Tindakan mereka tidak bertamadun bahkan amat bertentangan dengan hak-hak asasi manusia yang sering mereka laungkan selama ini,” demikian tegas Naib Presiden I ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.

Jelasnya, dalam konteks ini kerajaan Angola tidak boleh mengkategorikan Islam sebaris dengan ratusan agama-agama palsu ciptaan masyarakat di Angola yang juga telah diharamkan.

“Sedangkan Islam adalah salah satu dari agama besar dunia dan telah diiktiraf oleh masyarakat dunia sedemikian rupa.

“Jika hendak dibandingkan dengan agama-agama besar dunia lain seperti Kristian, Hindu, Yahudi dan Buddha, Islam dilihat lebih sempurna ajarannya,” ujar Ustaz Fauzi.

Mengulas lebih lanjut katanya, dakwaan bahawa Islam hanyalah ritual pemujaan dan pendatang yang melakukan jenayah pemalsuan dan pembersihan wang haram rata-rata adalah orang Islam adalah tuduhan yang tidak berasas.

Bahkan mengaitkan orang Islam Angola dengan kumpulan al-Qaedah juga tidak pernah dibuktikan oleh pihak kerajaan.

Sebenarnya jelas Ustaz Fauzi, tindakan kerajaan Angola itu dilihat hanyalah kesinambungan dari siri-siri kebencian kerajaan Kristian itu terhadap perkembangan dakwah Islam yang sedang meningkat naik di Angola.

Justeru, beliau meminta seluruh umat Islam di Malaysia mengambil iktibar dari pendirian kerajaan Angola tersebut dan berusaha untuk memahami tabiat sebenar pertembungan di antara Islam dan musuh Islam.

“Umat Islam perlu mempertahankan Islam di mana juga mereka berada. Doa kita kepada umat Islam di Angola agar tidak menyerah kalah dengan pendirian kerajaan tersebut,” katanya kepada wartawan ISMA.

IBU negara Angola, Luanda.

Kamis, 09 Januari 2014

Ebook Panduan Belajar Service Laptop Gratis

Download Ebook PANDUAN SERVIS LAPTOP Gratis yang disertai dengan Gambar. Diartikel sebelumnya, saya telah menulis tentang Tutorial Cara Belajar Service Laptop Sendiri dan Panduan menjadi teknisi Laptop. Ebook tutorial perbaikan Laptop ini berbasis Win XP dan Win 7, dengan bentuk EBOOK format .PDF yang berisikan 359 halaman dengan pembahasan yang lengkap dan sangat mudah dimengerti bagi pemula sekalipun.

Ebook Panduan Belajar Cara Memperbaiki Laptop ini terdiri dari:
1. Pengenalan tentang Laptop.
2. Pembahasan Bagian-bagian dari Laptop.
3. Cara Membongkar Laptop dan Merakitnya kembali.
4. Pembahasan lengkap dan Tutorial Perbaikan Kerusakan pada Laptop
5. Perbaikan Chipset-VGA Card Pada Motherboard Laptop.
6. Perawatan Laptop.
7. Troubleshooting Hardware Laptop, Pembahasan detailnya serta Solusinya.
8. Troubleshooting Sistem Operasi , Pembahasan detailnya serta Solusinya.
9. Tutorial Reflow Soldering Pada Mainboard Laptop. Dan banyak lagi pembahasannya.

Dari ebook Panduan Servis laptop ini sudah banyak terlahir Teknisi Laptop yang handal dan sudah sukses dalam usahanya menservice Laptop yang rusak. Jadi tunggu apalagi jangan ragu dalam memilih. Silahkan download dipage berikut Ebook Teknisi Laptop Lengkap!!

Rabu, 01 Januari 2014

Buat Cewe Cara Menemukan Cowo Berbakat Kaya

http://www.rizkyagung.com/wp-content/uploads/2010/11/orang-kaya.jpg
Tidak sulit mencari lelaki kaya. Tapi tidak mudah menemukan lelaki yang pantas Anda cintai sekaligus membuat Anda tidak akan jadi “kaum duafa”. Sebelum memutukan menikah dengannya, lihat dulu apakah dia punya 10 dari 15 ciri ini.
1. BEBERAPA REKENING
Lihat apakah kekasih Anda punya rekning bank lebih dari satu. Ini bisa jadi indikasi dia berbakat kaya. Karena, biasanya orang yang punya rekening tabungan dua atau lebih cenderung berusaha mengatur uangnya dengan benar. Lelaki tipe ini memisahkan pos-pos pnghasilannya. Misal, satu rekening digunakan hanya untuk menerima transfer gaji dan belanja, rekening lainnya untuk tabungan.
2. SUKA MENOLONG
Tidak tepat jika orang yang suka menimbun harta, pelit, serta enggan berbagi dan memberi adalah orang yang berbakat kaya. Justru lelaki yang mudah tergerak hatinya dan gampang menolong oranglah yang pantas Anda lirik. Dia adalah tipe orang yang akan relatif mudah hidupnya. Entah bagaimana caranya, Anda berdua akan sangat jarang kesulitan uang. Dan yang terpenting, kenikmatan memberi itu memang tak ada penggantinya.
3. PUNYA CITA-CITA
Jangan harap Si Dia berbakat kaya jika hidupnya dialirkan bagai sungai, entah hendak bermuara di mana. Lelaki yang berbakat kaya selalu punya rencana besar dalam hidupnya. Ada sesuatu di masa depan yang hendak diraihnya. Untuk itu, dia akan punya rencana jangka pendek dan menengah untuk mencapai cita-citanya. Dalam bercita-cita, dia tidak takkut ada mmpi yang tampaknya mustahil.
4. TAK BERHOBI SPESIFIK
Lelaki yang punya hobi spesifik cenderung menghabiskan uangnya untuk hobinya. Ini juga berlaku untuk lelaki yang hobi berbelanja. Tentu saja ada orang yang punya hobi spesifik punya urat kaya. Namun, toh tidak semua orang punya nasib bisa kaya begitu saja. Lelaki yang tidak punya hobi spesifik biasanya akan mengeluarkan uangnya untuk berbelanja berdasarkan mood. Dia cenderung merasa tidak punya kebutuhan spesifik, sehingga enggan membeli seusatu.
5. BUTA HARGA
Dia tidak tahu persis apa bedanya barang mahal atau murah. Buatnya, kemeja ya kemeja. Bentuknya seperti itu, ada ukurannya yang pas dan pantas dipakai ke kantor. Lelaki seperti ini tidak akan bermasalah dengan kemeja murahnya.
6. HIDUNG BISNIS
Apakah Anda pernah mendengar dia mengatakan (kurang lebih), “Ini bisa jadi peluang bisnis. Bisa dicoba.” Artinya, dia dapat melihat sesuatu, sekecil apa pun, sebagai sebuah peluang bisnis. Tiak banyak orang yang punya kemampuan seperti ini. Jadi, kalau dia kerap melontarkan komentar yang berhubungan dengan peluang bisnis, bisa jadi ia memang berbakat kaya.
7. PEKERJA KERAS
Punya hidung bisnis saja tidak cukup tanpa kerja keras. Ini yang membedakan seorang pemimpi kelas berat dengan pengejar mimpi. Seorang pengejar mimpi akan berusaha sekuatnya untuk mewujudkan cita-citanya. Tentunya itu dengan kerja keras.
8. KEAHLIAN KHUSUS
Perhatikan deh, apakah Si Dia punya satu atau dua keahlian khsuus. Misalnya, dia menguasai komputer dengan baik, pandai melobi, atau apa pun. Kemampuan khusus ini bisa jadi modal dia dalam menjalani hidupnya. Lelaki tipe ini cenderung survive dalam hidupnya.
9. BANYAK TEMAN
Temannya ada di mana-mana. Tidak hanya mantan teman-teman SMA, kuliah atau kantornya. Tapi juga dari komunitas lain, yang mungkin Anda tidak pernah duga sebelumnya. Orang yang banyak teman bisa diartikan punya networking yang cukup luas. Sehingga, ditaruh di mana pun dia akan bisa hidup (dengan baik).
10. MEMELIHARA PERTEMANAN
Kadang Anda jengkel karena dia rajin menelepon atau SMS yang tidak penting ke teman-temannya. Just say hello saja bisa berkepanjangan. Mestinya, Anda tidak perlu kesal, karena ini adalah caranya untuk memelihara pertemanan. Orang boleh punya banyak teman, tapi jika dia tidak bisa memeliharanya, maka sia-sia saja.
11. MUDAH BERTEMAN
Hanya orang yang menyenangkan yang mudah berteman. Pergi ke tempat baru mana pun, dia bisa dengan mudah punya teman ngobrol. Ini menandakan dia orang yang terbuka, punya sense of humor dan berwawasan cukup luas. Orang-orang seperti ini biasanya tidak sulit beradaptasi dengan lingkungan baru, termasuk jenis pekerjaan baru. Sehingga, dia tidak perlu khawatir tidak punya pekerjaan yang baik.
12. PERCAYA DIRI
Dia tahu persis apa kelebihan dan kekurangannya, dan percaya orang lain pun begitu. Sehingga, dia tidak gentar ketika berinteraksi dengan orang lain, atau diharuskan melakukan sesuatu yang baru. Termasuk dia percaya bahwa dia bisa hidup layak hari ini atau esok lusa, bersama Anda.
13. FOKUS
Dalam melakukan apa pun, dia fokus. Perhatiannya tidak mudah terceraikan oleh hal lain. Orang yang fokus biasanya punya tanggung jawab yang baik. Ini berhubungan dengan bagaimana dia berusaha mencapai cita-citanya, menyelesaikan pekerjaannya, dan serius membangun hidup bersama Anda.
14. OPTIMIS
Hampir tidak pernah Anda mendengar, “Ah, susah”, Enggak bisa”, “Mustahil aku bisa melakukannya”, “Malas ah”, dan yang sejenisnya. Lelaki pesimis akan sulit survive dalam hidupnya. Keoptimisan bisa membuat seseorang mampu melakukan sesuatu yang secara hitungan di atas kertas sulit.
15. SEHAT
Lelaki penyakitan akan lebih banyak menghabiskan waktunya dengan tidak melakukan apa-apa.. Belum lagi ongkos dokter dan rumah sakit yang makin tidak masuk akal mahalnya. Uang Anda berdua bakal habis di sini. Selain itu, orang yang sehat akan bisa berpikir dengan lebih sehat.
Jangan pernah terjebak pada penampilan luar dan mulutnya yang bilang, “Hidupmu terjamin sampai kapan pun, Sayang.” Karena, yang terpenting Anda merasa nyaman hidup dengannya, dia bisa membuat hidup Anda berarti, dan Anda bisa tertawa bersamanya.
sumber :http://coretaja.wordpress.com/2008/11/13/15-ciri-berbakat-kaya/

Awas Pewarna rambut punca kanser CAP



MOHAMED IDRIS menunjukkan pewarna rambut yang didakwa mengandungi bahan yang merbahaya kepada pengguna di George Town.

GEORGE TOWN - Biarpun pewarna rambut dianggap fesyen terkini dan menjadi kegemaran untuk menyerlahkan penampilan, ramai yang tidak menyedari ia boleh memudaratkan kesihatan selain menyebabkan risiko kanser.

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris, disebabkan secara asasnya rambut berwarna hitam, ia perlu dicerahkan menggunakan peluntur hidrogen peroksida yang juga agen kanser untuk menaikkan sisik kutikel pada rambut sehingga mengganggu kelembapan rambut.
Selain itu katanya, beberapa kajian menunjukkan penggunaan pewarna rambut juga meningkatkan kanser sistem limpa, risiko leukemia atau kanser sel darah sama ada untuk lelaki atau wanita dan kanser ovari untuk wanita.
"Kajian itu menunjukkan risiko di kalangan pengguna yang memakainya dalam tempoh yang lama terutama pewarna rambut yang gelap.
"Kebanyakan bahan dalam pewarna rambut yang ada di pasaran sekarang diperoleh daripada sumber petroleum yang dikatakan sebagai pewarna tar batu arang oleh Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika (FDA)," katanya pada sidang media di pejabat CAP.
Mohamed Idris berkata, tar batu arang mengandungi beberapa sebatian organik termasuk benzena iaitu sejenis bahan pelarut yang beracun yang boleh diserap menerusi kulit.
"Ia juga mengandungi fenol yang boleh menyebabkan masalah jerawat, bengkak dan ruam selepas disapu pada kulit.
"Pengguna juga tidak harus tertipu dengan inai hitam yang turut digunakan untuk mewarna rambut kerana ia bukanlah pewarna daripada sumber tumbuhan asli," ujarnya.
Ini kerana jelasnya, daun inai tidak akan menghitamkan rambut tetapi tetapi hanya memberikan beberapa warna antaranya perang gelap dan kemerah-merahan.
Tambahnya, sejenis bahan kimia toksik yang dikenali para phenylenediamine turut digunakan yang boleh menyebabkan berlaku katarak paras tinggi kepada pengguna pewarna rambut itu.
"Oleh itu, Kementerian Kesihatan digesa mengharamkan penggunaan bahan-bahan kimia dalam produk pewarna rambut atau produk dandanan rambut yang lain," jelasnya.
FEEL GOOD, LOOK GOOD IN JUST 14 DAYS!

CLICK HERE ! FOR MORE INFO !


Having a healthy lifestyle does not necessarily revolve around intense exercise and becoming a vegetarian.
You can always opt for something simpler, something different.

Nestle Bliss is the only yogurt drink in Malaysia that contains Inulin along with live cultures, low fat / 0% fat, made with real fruit juice and no artificial colouring.

Nestle Bliss is here to change your yogurt drinking experience. Not only it tastes so good, it comes with 11 different flavours. So whats your favourite flavour?

Start experiencing by taking up the 14 days challenge and pamper your digestive system.
Share this yogurt drinking experience with your family and friends today, for better lifestyle.

Kakak Mangsa Hamba Domestik Berlepas Ke London

Kakak Mangsa Hamba Domestik Berlepas Ke London | Kakak kepada Siti Aishah Abdul Wahab, 69, yang menjadi hamba domestik selama 30 tahun di London, berlepas ke England malam ini untuk membuat pengecaman dan membawa pulang adiknya ke tanah air.
Kakak Mangsa Hamba Domestik Berlepas Ke London

Menurut Abang ipar mangsa, Md. Noh Md Dom, 67, isterinya, Kamar Mahtum Abdul Wahab, 73, diiringi aktivis, Hishamuddin Rais bersama seorang wartawan The Telegraph yang beribu pejabat di London bertolak ke England menaiki pesawat Malaysia Airlines kira-kira pukul 11.55 malam ini.


"Isteri saya diminta ke sana (London) untuk membuat pengecaman. Dia juga membawa barangan milik Siti Aishah seperti gambar serta pakaiannya yang disimpan di rumah ini.

"Mereka dijadualkan berlepas ke England kira-kira 11.55 malam ini, katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Binjai Kuala Klawang, di sini malam tadi.


sumber:

Ayah tembak mati anaknya kerana disangka monyet

  Foto: Orange

Foto: Orange
NEPAL - Seorang petani di Nepal menembak mati anaknya sendiri hanya kerana menyangka anaknya adalah seekor monyet yang hendak mencuri tanamannya. Kanak-kanak berusia 12 tahun itu pun mati akibat luka tembak pada bahagian kepalanya.

Chitra Bahadur Pulami mulanya hanya berusaha memanjat pohon untuk mengusir monyet yang menjadi gangguan bagi keluarganya. Tetapi ayahnya, Gupta Bahadur, justru melihat kanak-kanak tersebut tampak seperti monyet dan menembaknya.

"Sang anak bersembunyi di pohon yang berada di lahan pertanian mereka untuk mengusir monyet yang mengambil makanan mereka. Mangsa meninggal setelah Gupta Bahadur mengiranya sebagai seekor monyet dan melepaskan tembakan ke korban," ujar Deputir Kepala Polis  Distrik Arghakhanci Arun Poudel, seperti dikutip AFP,  pada (26/8/2012).

"Penyiasatan awal menunjukkan bahawa sang ayah tidak menyedari bahawa anaknya mengejar monyet yang menganggu lahan pertaniannya. Gupta dan senjata yang digunakan untuk menembak saat ini telah ditahan pihak polis ," tutur Arun.

Ayah yang baru saja kehilangan anaknya tersebut mengaku menyesal dengan kesalahannya. Dia baru menyedari bahawa yang ditembaknya adalah sang anak, setelah kanak-kanak itu jatuh dan tersangkut di batang pokok.(faj)okezone.com

Rakyat Malaysia di Kaherah berhimpun walau diugut kedutaan

KAHERAH 13 JAN:  Kira-kira 500 orang rakyat Malaysia di Kaherah, Mesir berhimpun sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur semalam.
Perhimpunan itu berjaya diadakan walaupun mendapat ancaman yang tidak profesional daripada pihak kedutaan.
Ancaman itu tidak menghalang semangat anak-anak muda ini untuk menyatakan hasrat mereka melihat negara mereka dipimpin oleh mereka yang amanah, keadilan dan demokrasi.

Dipetik Harakah Daily, anak-anak muda ini tampil dengan menutup muka, membawa sepanduk dan melaungkan seruan kebangkitan rakyat.
Himpunan ini sepatutnya dihadiri oleh pimpinan ikhwan Muslimin Dr. Kamal Helbawi tetapi di minit-minit akhir, beliau mempunyai komitmen yang lain.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/

Gambar Rumah Dan Ferrari Dato Siti Nurhaliza

Inilah diantara harta-harta yang dimiliki oleh diva tersohor tanah air...



Kuala Lipis
Cameron Highlands
Cheras
Bukit Antarabangsa

Kumpulan Hijjaz Cuba Muzik Rock


Kumpulan Hijjaz

Di kala kebanyakan kumpulan nasyid seangkatan dengannya kian menyepi, namun Hijjaz masih meneruskan kesinambungannya dalam industri nasyid tempatan. Setelah hampir tiga tidak tahun tidak menghasilkan album penuh, Hijjaz tampil dengan album yang berjudul, JANJI pada 9 Julai lalu.

Memuatkan sembilan buah lagu dalam album JANJI, Hijjaz tampil dengan nafas baru khas dengan kelahiran album tersebut. Hijjaz mengambil langkah berani untuk keluar dari kepompong selamat mereka dengan menyuntik elemen rock dalam beberapa buah lagu untuk album terbaru mereka.

“Pada 1 Ramadan ini genap perjuangan Hijjaz selama 17 tahun sebagai kumpulan nasyid. Kami tampil dengan album terbaru ini untuk merancakkan industri nasyid yang kian suram. Rentak yang sedikit berbeza ini sesuai dengan jiwa orang muda,” kata Isman Nadim selaku ahli kumpulan Hijjaz, ketika ditemui di majlis pelancaran album mereka baru-baru ini.

Idea tercetus untuk menghasilkan album yang sedikit berbeza ketika mereka menyumbangkan suara untuk runut bunyi rancangan Saladin. Dua buah lagu yang dimuatkan dalam album JANJI yang berjudul Janji Khalifah dan Harapan Ummah merupakan lagu-lagu yang mendapat sentuhan pop rock hasil gubahan pemuzik tempatan.

Antara lagu lain yang dimuatkan dalam album ini adalah seperti Kau Pemilik Cinta, Laukana Bainana, Hanyalah Iman, Pemimpin 3 Darjat, Penghulu Syurga, Akulah Pencinta dan Pemula Langkah.

Album ini juga menampilkan kelainan kerana memberi peluang kepada ahli kumpulan yang lain untuk turut menyumbangkan suara selain daripada vokalis mereka, Munif Ahmad. Walaupun kelantangan vokal Munif tidak dapat dinafikan lagi, namun peluang ini mampu menyerlahkan kekuatan vokal masing-masing.

JANJI yang merupakan edaran RUSA Marketing Sdn Bhd sudah menemui para peminat di Lahad Datu, Tawau dan mendapat reaksi positif mengenai sentuhan baru Hijjaz ini. Malah album ini juga bakal menembusi pasaran Indonesia dalam tempoh masa enam bulan akan datang. – Gua

Video Aksi Ngeri Tukar Tayar Kereta Ketika Bergerak

LOS ANGELES - Satu rakaman klip video menunjukkan aksi seorang penduduk Arab Saudi menukar tayar bekalang semasa kereta yang dinaikinya bergerak dalam keadaan senget, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.

Menurut akhbar itu, aksi tersebut dilakukan di sebuah lebuh raya di negara tersebut. Seorang penumpang yang duduk di bahagian belakang membuka pintu dan menukar tayar kereta tersebut semasa ia berada dalam keadaan senget.




Klip tersebut dimuat naik pada 10 Februari lalu. Dalam rakaman di YouTube itu, pelagak ngeri tersebut dilihat turut menanggalkan skru tayar dengan tangannya.

Sebab ni rupanya Kelantan menang piala FA

 

PM pakai baju Red Warriors

Konvoi dari Kelantan

Penguatkuasa Imigresen ‘Digomol’ Tukang Urut



Kuala Lumpur – Anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIWPKL) terpaksa ‘bergomol’ dengan empat tukang urut wanita warga Vietnam yang bertindak agresif dalam usaha melepaskan diri daripada kepungan selepas premis tempat mereka bekerja di sebuah pusat urut refleksologi di Taman Miharja, Cheras, di sini, diserbu kelmarin.

Bagaimanapun, cubaan empat wanita terbabit gagal, malah pemeriksaan lanjut mendapati semua mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai tukang urut.

Ketua Bahagian Penguat kuasa JIWPKL, Penolong Pengarah Imigresen James Musa Singa berkata, keempat-empat tukang urut terbabit bukan saja menjalankan perkhidmatan urut badan ke badan (B2B), tetapi turut menawarkan khidmat seks.

“Dua anggota penguat kuasa yang menjalankan serbuan terlebih dulu menyamar sebagai pelanggan dengan memerhati operasi premis itu dan aktiviti pelanggan lain.

“Selepas diyakini premis itu mengupah pekerja wanita warga asing, barulah serbuan dibuat,” katanya.

Beliau berkata, dalam serbuan Op 6P jam 2.30 petang itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun yang juga penjaga pusat urut refleksologi itu bagi membantu siasatan.

“Selain itu, dalam operasi sama, kami turut menyerbu tiga lagi premis yang menjalankan aktiviti urut refleksologi di Desa Sri Hartamas dan Taman Tun Dr Ismail.

“Seramai 22 warga asing termasuk pelanggan diperiksa dan hasilnya kami menahan lima lagi wanita warga China kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63(Pindaan 2002) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya. Beliau berkata, lelaki tempatan yang ditahan pula akan didakwa mengikut Seksyen 55B akta sama kerana kesalahan mengambil pekerja warga asing yang tidak memiliki sesuatu pas yang sah. Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum 12 bulan.

“Semua warga asing berusia 20 hingga 48 tahun itu kemudian dibawa ke Depoh Tahanan Bahagian Penguatkuasa, JIWPKL, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Jalan Duta untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya. – myMetro Online

Karpet Terbang Sekarang Telah Menjadi Nyata

Karpet Terbang Sekarang Telah Menjadi Nyata

Anda tentu pernah mendengar dongeng Aladin yang memiliki karpet terbang untuk terbang ke sana kemari. Tampaknya hal tersebut telah menjadi kenyataan.

Sebuah studio desain dari Swiss, MiCasa Lab, telah merancang sebuah karpet terbang bertenaga magnet yang mampu mengangkat hewan peliharaan kecil ke udara.

Karpet ini dikatakan mampu mengangkat berat hingga 2,4 kilogram setinggi 7 cm melayang di udara.

Namun, produsen berharap mereka mampu membuat versi yang lebih baik setidaknya mengangkat berat 10 kg setinggi 20 cm di udara, atau bahkan mengangkat orang.

Karpet Terbang Sekarang Telah Menjadi Nyata

Apakah Anda tertarik untuk memilikinya?

7 Nenek Paling Gaul Di Dunia

Tamae Watanabe, 73 tahun, pendaki Gunung Everest Tertua
Seorang nenek berusia 73 tahun, Tamae Watanabe, dinobatkan menjadi pendaki gunung tertua yang pernah menaklukkan Gunung Everest. Watanabe mendapatkan rekor itu pada Sabtu kemarin.

Watanabe mendaki berangkat ke Kathmandu, Nepal, pada awal April, dan mendaki gunung itu hingga ke puncak.
Girl Band Rusia yang beranggotakan nenek-nenek
Sebuah kelompok vokal yang dikenal dengan nama Buranovo Grannies menjadi buah bibir di Rusia setelah terpilih untuk menjadi wakil negara itu dalam lomba menyanyi Eurovision, seperti dilansir Sydney Morning Herald, Sabtu (10/3/2012).

Sesuai namanya grannies alias nenek-nenek, personel "girl band" ala Rusia ini sudah berusia sekitar 80 tahun. Kalau usia keenam anggota mereka ditotal, maka jumlahnya lebih dari 400 tahun.
Wika Szmyt, 73 tahun DJ dari Polandia
Wika Szmyt adalah seorang nenek berusia 73 tahun. Walaupun ia sudah pensiun, Wika memanfaatkan waktu luangnya untuk bekerja sebagai DJ seminggu tiga kali di sebuah klub malam di Polandia. Wika juga sering terlibat dalam proyek musik modern, dimana ia mengajak orang – orang yang lebih muda untuk menikmati musiknya.
Keiko Fukuda, 98 Tahun Peraih Sabuk hitam Judo
Sensei Keiko Fukuda mencetak sejarah. Perempuan 98 tahun ini menjadi perempuan pertama yang mendapat gelar sabuk hitam Judo level 10. Inilah tingkatan tertinggi di olahraga seni beladiri itu. Selain perempuan yang masih mengajar judo di Noe Valley, San Fransisco, Amerika Serikat ini , hanya ada 16 orang di dunia yang mencapai gelar tertinggi di judo itu. Dari enam belas orang itu hanya empat orang yang masih hidup: Fukuda dan tiga lainnya adalah laki-laki yang tinggal di Jepang.
Tan Zhauxian, 72 tahun Nenek Akrobatik
Seorang nenek berusia 72 tahun menarik perhatian warga karena olahraga yang sehari-hari ia lakukan. Meski di usia senja, ia tak terlihat seperti nenek-nenek pada umumnya, tapi ia masih bisa melakukan olahraga dengan tingkat kelenturan tubuh yang mengagumkan.

Pensiunan bernama Tan Zhauxian, asal Nanning, ibukota Propinsi Guangxi, China Selatan ini dapat menekuk kakinya mendekati hampir setiap bagian tubuhnya.
Peggy McAlpine nenek 104 tahun berani Terjun payung
Seorang nenek berusia 104 tahun menjadi orang tertua pemberani untuk ambil bagian dalam terjun payung. nenek tersebut bernama Peggy McAlpine, ia  memiliki dua anak, empat cucu dan dua cicit. kini ia menunggu konfirmasi catatan rekor oleh pejabat Guinness Book.Nyonya McAlpine memecahkan rekor penerjun tertua setelah lima tahun lalu dilakukan oleh Mary Allen Hardison, dari Utah AS yang berusia 101-tahun.
 
sumber 

Gaji ADUN PP juga naik tapi kurang drastik

Malaysiakini Nov 29 2013

Kerajaan Pulau Pinang juga dijangka menaikkan gaji bulan 40 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan cadangan pindaan statut berkaitan dijangka dibentangkan minggu depan.

Perkara itu dijangka diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ketika akhir sesi persidangan pada 17 Disember.

NONEBagaimanapun, untuk melakukan itu, pindaan terhadap Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980.

Difahamkan bahawa statut - digelar Kertas Statut 1 2013 Pulau Pinang - untuk pindaan itu antara dokumen yang diserahkan kepada kesemua ADUN pada permulaan prosiding hari ini.

ADUN negeri itu kini mendapat gaji pokok RM4,112.79 dengan elaun tetap RM2,000.

Elaun tetap termasuk RM500 (elaun khas), RM500 (hiburan), RM400 (pengangkutan) dan RM600 (pemandu).

Jika kenaikan diluluskan, ADUN akan menerima gaji baru RM6,000 dan elaun RM5,500, menjadikannya RM11,500 untuk setiap seorang.

SAMSUNG KELUARKAN JAM TANGAN PINTAR PULA

Galaxy Gear
Syarikat teknologi terkemuka dunia dari Korea Selatan, Samsung telah memperkenalkan gajet yang ditunggu-tunggu ramai iaitu jam tangan pintar. Dikenali sebagai Galaxy Gear.

Menurut Samsung, Galaxy Gear boleh bertindak sebagai peranti tambahan kepada telefon pintar. Ia berfungsi memberitahu pengguna mengenai panggilan dan mesej yang diterima menerusi paparan skrinnya bersaiz 1.63 inci.

Pengguna juga boleh membuat panggilan tanpa perlu mengeluarkan telefon pintar mereka.

Galaxy Gear dilengkapi satu kamera asas. Ia juga boleh menggunakan aplikasi seperti Twitter dan RunKeeper. Peranti yang dikuasakan oleh Android itu akan mula dijual mulai 25 September depan di kebanyakan negara pada harga AS$299 (RM988) seunit.

Para penganalisis teknologi berpendapat jam tangan pintar itu akan menjadi hadiah yang mesti dimiliki pada musim cuti pada tahun ini.











Rahasia Orang Singapura Cepat Kaya Menabung dan Investasi

uang
Ilustrasi uang  I foto pribadi

Penelitian dilakukan oleh Economist Intelligence Unit dalam "Indeks Kualitas Hidup" menempatkan Singapura pada peringkat satu kualitas hidup terbaik di Asia dan kesebelas di dunia. Singapura memiliki cadangan devisa terbesar kesembilan di dunia Negara ini juga memiliki angkatan bersenjata yang maju.

Singapura memiliki luas wilayah yang sangat sempit dan sumber daya alam yang tidak begitu melimpah, Singapura mampu menjadi salah satu negara maju di kawasan Asia Tenggara. Singapura berhasil mendapat gelar negara dengan pertumbuhan ekonomi tercepat di dunia.

Salah satu survei yang dilakukan oleh Barclays Bank, mengutip dari Forbes, survei tersebut dilakukan dengan melibatkan perseorangan dengan kekayaan individu minimal  1,5 juta dollarAS atau sekitar Rp15 miliar. Jumlah responden yang terlibat dalam survey ini mencapai 2.000 orang yang tersebar di seluruh dunia.

Hasil yang paling menonjol dari survei itu adalah kekayaan warga Singapura naik paling cepat jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Rata-rata orang Singapura hanya butuh waktu 10 tahun untuk menjadi orang dengan kekayaan setidaknya Rp 15 miliar.

Dari survei itu salah satu yang menarik untuk disimak adalah bagaimana orang Singapura membagi uangnya, yang membuat mereka begitu cepat kaya.

  1. Tabungan dan investasi. Ternyata, orang Singapura begitu memprioritaskan untuk menabung dan berinvestasi. Dari seluruh kekayaan yang dimilikinya, 61 persen dimasukkan ke bank maupun diinvestasikan ke instrumen pasar modal. Porsi tersebut di bawah alokasi penduduk Hong Kong, yang menyisihkan 66 persen kekayaannya untuk ditabung dan diinvestasikan, sedangkan warga China daratan mengalokasikan 58 persen.
  2. Traveling dan kegiatan amal. Orang Singapura adalah warga yang selalu disibukkan dengan berbagai aktivitas. Berjalan selalu terburu-buru menjadi pemandangan yang biasa di setiap sudut Negara kecil itu. Namun demikian, di balik kesibukannya itu, warga Singapura adalah orang yang suka bepergian dan menghabiskan waktu luang.
  3. Di sisi lain, mereka juga senang menyisihkan sebagian kekayaan untuk kegiatan sosial, kendati mereka identik dengan orang yang money oriented. Untuk keperluan berwisata dan mendukung kegiatan amal, orang Singapura menyisihkan 16 persen dari kekayaan mereka.
  4. Mobil dan perhiasan. Dari survei Barclays diketahui, ternyata orang Singapura tak begitu terobsesi untuk membeli mobil, perhiasan, maupun benda-benda dikoleksi. Sehingga untuk pos ini, rata-rata orang Singapura hanya mengalokasikan 7 persen dari kekayaannya.
  5. Kondisi ini berbeda dengan warga India yang sangat gemar membeli mobil dan perhiasan, sehingga alokasi dana untuk pembelanjaan ini mencapai 17 persen.
  6. Obsesi. Di sisi lain, survey itu juga mengungkapkan cita-cita orang Singapura dengan harta yang mereka miliki itu. Agak mengejutkan, lantaran orang Singapura sangat ingin melakukan sesuatu yang bisa bermanfaat bagi dirinya dan orang lain. Bahkan karena itu, mereka punya cita-cita untuk memberikan 50 persen kekayaannya untuk lembaga amal, dan 13 persen diwariskan kepada keturunannya

Sumber id.wikipedia.org dan kompas.com

Kalo sakit darah tinggi haruslah melakukan banyak seks



RIO DE JANEIRO: Menteri Kesihatan Brazil mempunyai penyelesaian terhadap masalah penyakit darah tinggi yang dihidap kebanyakan rakyat negara itu - lebih banyak seks.
Jose Temporao berkata, orang dewasa perlu banyak melakukan senaman untuk menurunkan tekanan darah mereka.

Menurutnya, antara senaman yang baik untuk jantung, termasuklah seks.

Dia juga mengesyorkan menari, amalan pemakanan yang sihat sebagai cara mengatasi penyakit itu.

Temporao berkata demikian ketika melancarkan kempen peringkat kebangsaan memerangi darah tinggi di Brasilia.

Menurut Kementerian Kesihatan, 24.4 peratus penduduk Brazil menghidap darah tinggi tahun lalu. - AP

Share

Follow fadah5 on Twitter

Google Update Page Rank Terkini tentang Belogfadah Sempoiiiiii

Salam 1 Malaysia semua,




Nampaknya google dah update Page Rank terbaru dan dah heboh semua di blog-blog dengan update page rank terbaru mereka sendiri. Ada yang masih maintain, yang jatuh PR nya sebab lama x update dan ada yang naik PR dengan cemerlangnya.

Disini Fadah nak share dengan anda semua mengenai Belogfadah ini sendiri. Bukan nak menunjuk-nunjuk tapi sekadar nak memberitahu tentang prestasi Belogfadah ini selama berblogging. Fadah rasa berbaloi juga dengan usaha Fadah yang hanya sekadar part time blogging. Belum layak untuk menjadi Full Time blogger lagi nie.




Ok, Belogfadah sebelum ini hanya dapat PR1 kini telah melonjak naik ke PR3. Fadah pun terkejut juga dengan prestasi blog ini. Apa-apa pun Fadah bersyukur kerana usaha Fadah berbaloi juga selama ini. Belum terniat lagi untuk jadi Full Time blogger. Fadah pun bukan selalu sangat update blog kerana Fadah pun ada pekerjaam sendiri dan kena uruskan keluarga juga.

Akhir sekali, terima kasih kepada anda semua yang telah memberi sokongan kepada Belogfadah ini.
Teruskan untuk singgah ke sini lagi yer.

MP pertikai 3 kali tukar nama kementerian



  • Zulaikha Zulkifli
  • Malaysiakini Jul 15 2013
Ahli Parlimen PKR hari ini mempertikaikan penukaran nama bagi Kementerian Pendidikan yang telah dilakukan hampir tiga kali.

Ketika membahaskan usul Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan bagi kementerian itu, Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) mendakwa, pertukaran nama kementerian yang berubah itu seolah-olah dilakukan tanpa kajian yang teliti oleh kerajaan.

"Dulu dipanggil Kementerian Pendidikan. Tapi bila menteri pendidikan pada 1998 (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dinyahkan daripada parti pemerintah, pemerintah cepat-cepat tukar nama Kementerian Pelajaran. Tak ada sebab apa pun. Kajian pun tak ada. Tapi tukar.

"Lepas itu dipecahkan pula dengan dua kementerian. Rakyat terima. Satu untuk pelajaran rendah dan satu lagi untuk pelajaran tinggi. Sekarang balik pada asal, gabung balik, tukar nama kepada Kementerian Pendidikan.

"Jadi Yang Dipertua, apa yang berlaku sekarang seolah-olah tak ada kajian daripada kerajaan seperti tak ada kajian apabila kerajaan kenalkan Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam perbahasan itu juga, beliau turut mengaitkan pertukaran nama kementerian yang tidak dikaji terlebih dahulu dengan PPSMI yang dikenalkan kerajaan pada tahun 2003 dan dimansuhkan pada 2011.

Beliau turut berkata, individu yang bertanggungjawab untuk memansuhkan Bahasa Inggeris di dalam pendidikan juga ialah orang yang sama memperkenalkan dasar PPSMI iaitu mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Setiap perubahan yang berlaku tak ada kajian mendalam yang dilakukan tapi lebih kepada sentimen pemimpin. Nak tunjuk siapa lebih hebat daripada menteri sebelum itu.

"Dan yang bertanggungjawab yang memanahkan Bahasa Inggeris ialah orang yang sama suruh belajar Sains dan Matematik dalam Inggeris. Kedua-duanya tak ada kajian," katanya.

10 Teknologi Tinggi Milik Nenek Moyang Bangsa Indonesia


Teknologi Kuno Bangsa Indonesia yang Canggih - Di zaman dahulu kala, para nenek moyang kita sudah menemukan banyak penemuan yang terbilang canggih. Tetapi sayang sekali banyak orang Indonesia sendiri tidak menyadarinya. Kali ini Indonesiatop.blogspot akan menulis beberapa teknologi kuno nenek moyang Indonesia.

1. Borobudur: bukti kecanggihan teknologi dan arsitektur
Borobudur adalah candi yang diperkirakan mulai dibangun sekitar 824 M oleh Raja Mataram bernama Samaratungga dari wangsa Syailendra. Borobudur merupakan bangunan candi yang sangat megah.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana nenek moyang kita membangun Borobudur yang demikian berat dapat berdiri kokoh dengan tanpa perlu memakukan ratusan paku bumi untuk mengokohkan pondasinya, tak terbayangkan pula bagaimana batu-batu yang membentuk Borobudur itu dibentuk dan diangkut ke area pembangunan di atas bukit.
Bahkan dengan kecanggihan yang ada pada masa kini, sulit membangun sebuah candi yang mampu menyamai candi Borobudur. Borobudur juga mengadopsi Konsep Fraktal.
Fraktal adalah bentuk geometris yang memiliki elemen-elemen yang mirip dengan bentuknya secara keseluruhan.
Candi borobudur sendiri adalah stupa raksasa yang di dalamnya terdiri dari stupa-stupa lain yang lebih kecil. Terus hingga ketidakberhinggaan. Sungguh mengagumkan nenek moyang kita sudah memiliki pengetahuan seperti itu. Bangunan Candi Borobudur benar-benar bangunan yang luar biasa.


2. Kapal Jung Jawa: Teknologi kapal raksasa
Jauh sebelum Cheng Ho dan Columbus, para penjelajah laut Nusantara sudah melintasi sepertiga bola dunia. Meskipun sejak 500 tahun sebelum Masehi orang-orang China sudah mengembangkan beragam jenis kapal dalam berbagai ukuran, hingga abad VII kecil sekali peran kapal China dalam pelayaran laut lepas.
Dalam catatan perjalanan keagamaan I-Tsing (671-695 M) dari Kanton ke Perguruan Nalanda di India Selatan disebutkan bahwa ia menggunakan kapal Sriwijaya, negeri yang ketika itu menguasai lalu lintas pelayaran di ”Laut Selatan”.
Pelaut Portugis yang menjelajahi samudera pada pertengahan abad ke-16 Diego de Couto dalam buku Da Asia, terbit tahun 1645 menyebutkan, orang Jawa lebih dulu berlayar sampai ke Tanjung Harapan, Afrika, dan Madagaskar.

Ia mendapati penduduk Tanjung Harapan awal abad ke-16 berkulit cokelat seperti orang Jawa. Mereka mengaku keturunan Jawa, kata Couto, sebagaimana dikutip Anthony Reid dalam buku Sejarah Modern Awal Asia Tenggara.

Berdasarkan relief kapal di Candi Borobudur membuktikan bahwa sejak dulu nenek moyang kita telah menguasai teknik pembuatan kapal. Kapal Borobudur telah memainkan peran utama dalam segala hal dalam bahasa Jawa pelayaran, selama ratusan ratus tahun sebelum abad ke-13.

Memasuki abad ke-8 awal, kapal Borobudur digeser oleh Jung besar Jawa, dengan tiga atau empat layar sebagai Jung. Kata Jung digunakan pertama kali dalam perjalanan biksu Odrico jurnal, Jonhan de Marignolli, dan Ibn Battuta berlayar ke Nusantara, awal abad ke-14.
Mereka memuji kehebatan kapal Jawa raksasa sebagai penguasa laut Asia Tenggara. Teknologi pembuatan Jung tak jauh berbeda dari karya kapal Borobudur; seluruh badan kapal dibangun tanpa menggunakan paku.

Disebutkan, jung Nusantara memiliki empat tiang layar, terbuat dari papan berlapis empat serta mampu menahan tembakan meriam kapal-kapal Portugis.

Bobot jung rata-rata sekitar 600 ton, melebihi kapal perang Portugis. Jung terbesar dari Kerajaan Demak bobotnya mencapai 1.000 ton yang digunakan sebagai pengangkut pasukan Nusantara untuk menyerang armada Portugis di Malaka pada 1513. Bisa dikatakan, kapal jung Nusantara ini disandingkan dengan kapal induk di era modern sekarang ini.

 
3. Keris: kecanggihan teknologi penempaan logam
Teknologi logam sudah lama berkembang sejak awal masehi di nusantara. Para empu sudah mengenal berbagai kualitas kekerasan logam. Keris memiliki teknologi penempaan besi yang luar biasa untuk ukuran masyarakat di masa lampau.

Keris dibuat dengan teknik penempaan, bukan dicor. Teknik penempaan disertai pelipatan berguna untuk mencari kemurniaan besi, yang mana pada waktu itu bahan-bahan besi masih komposit dengan materi-materi alam lainnya.

Keris yang mulanya dari lembaran besi yang dilipat-lipat hingga kadang sampai ribuan kali lipatan sepertinya akan tetap senilai dengan prosesnya yang unik, menarik dan sulit. Perkembangan teknologi tempa tersebut mampu menciptakan satu teknik tempa Tosan Aji ( Tosan = besi, Aji = berharga).

Pemilihan akan batu meteorit yang mengandung unsur titanium sebagai bahan keris, juga merupakan penemuan nenek moyang kita yang mengagumkan. Titanium lebih dikenal sebagai bahan terbaik untuk membuat keris karena sifatnya ringan namun sangat kuat.

Kesulitan dalam membuat keris dari bahan titanium adalah titik leburnya yang mencapai 60 ribu derajat celcius, jauh dari titik lebur besi, baja atau nikel yang berkisar 10 ribu derajat celcius.

Titanium ternyata memiliki banyak keunggulan dibandingkan jenis unsur logam lainnya. Unsur titanium itu keras, kuat, ringan, tahan panas, dan juga tahan karat.

Unsur logam titanium baru ditemukan sebagai unsur logam mandiri pada sekitar tahun 1940, dan logam yang kekerasannya melebihi baja namun jauh lebih ringan dari besi. Dalam peradaban modern sekarang, titanium dimanfaatkan orang untuk membuat pelapis hidung pesawat angkasa luar, serta ujung roket dan peluru kendali antar benua.


4. Benteng Keraton Buton: Arsitektur bangunan untuk pertahanan
Di Buton, Sulawesi Tenggara ada Benteng yang dibangun di atas bukit seluas kurang lebih 20,7 hektar. Benteng yang merupakan bekas ibukota Kesultanan Buton ini memiliki bentuk arsitek yang cukup unik, terbuat dari batu kapur.

Benteng yang berbentuk lingkaran ini memiliki panjang keliling 2.740 meter. Benteng ini memiliki 12 pintu gerbang dan 16 pos jaga / kubu pertahanan (bastion) yang dalam bahasa setempat disebut baluara.

Tiap pintu gerbang (lawa) dan baluara dikawal 4-6 meriam. Jumlah meriam seluruhnya 52 buah. Pada pojok kanan sebelah selatan terdapat godana-oba (gudang mesiu) dan gudang peluru di sebelah kiri.

Letaknya pada puncak bukit yang cukup tinggi dengan lereng yang cukup terjal memungkinkan tempat ini sebagai tempat pertahanan terbaik di zamannya. Benteng ini menunjukkan betapa hebatnya ahli bangunan nenek moyang kita dalam membuat teknologi bangunan untuk pertahanan.

 
5. Si Gale gale: Teknologi Robot tradisional Nusantara
Orang Toba Batak Sumatra utara pada zaman dahulu sudah bisa membuat robot tradisional yang dikenal dengan sebutan si gale-gale. Boneka ini menguasai sistem kompleks tali yang dibuat sedemikian rupa. Melalui tali yang ditarik ulur inilah boneka itu dapat membungkuk dan menggerakan “tangannya” sebagai mana layaknya orang menari.

Menurut cerita, Seorang Raja dari Suku Karo di Samosir membuat patung dari kayu untuk mengenang anak satu-satunya yang meninggal dunia. Patung kayu tersebut dapat menari-nari yang digerakkan oleh beberapa orang. Sigale - gale dimainkan dengan iringan musik tradisional khas Batak.

Boneka yang tingginya mencapai satu setengah meter tersebut diberi kostum tradisional Batak. Bahkan semua gerak-geriknya yang muncul selama pertunjukan menciptakan kesan-kesan dari contoh model manusia.

Kepalanya bisa diputar ke samping kanan dan kiri, mata dan lidahnya dapat bergerak, kedua tangan bergerak seperti tangan-tangan manusia yang menari serta dapat menurunkan badannya lebih rendah seperti jongkok waktu menari.

Si gale-gale merupakan bukti bahwa nenek moyang kita sudah dapat membuat boneka mekanikal atau robot walau dalam bentuk yang sederhana. Robot tersebut diciptakan untuk dapat meniru gerakan manusia.

 
6. Pengindelan Danau Tasikardi, Banten : Kecanggihan Teknologi Penjernihan Air
Nenek moyang kita ternyata sudah mengembangkan teknologi penyaringan air bersih. Sekitar abad ke16-17 Kesultanan Banten telah membangun Bangunan penjernih air untuk menyaring air yang berasal dari Waduk Tasikardi ke Keraton Surosowan.

Proses penjernihannya tergolong sudah maju. Sebelum masuk ke Surosowan, air yang kotor dan keruh dari Tasik Ardi disalurkan dan disaring melalui tiga bangunan bernama Pengindelan Putih, Abang, dan Emas.

Di tiap pengindelan ini, air diproses dengan mengendapkan dan menyaring kotoran. Air selanjutnya mengalir ke Surosowan lewat serangkaian pipa panjang yang terbuat dari tanah liat dengan diameter kurang lebih 40 cm.

Terlihat sekali bahwa pada masa tersebut sudah mampu menguasai teknologi pengolahan air keruh menjadi air layak pakai.

Danau Tasik Ardi sendiri merupakan danau buatan. Sebagai situs sejarah, keberadaan danau ini adalah bukti kegemilangan peradaban Kesultanan Banten pada masa lalu.

Untuk ukuran saat itu, membuat waduk atau danau buatan untuk mengairi areal pertanian dan memenuhi kebutuhan pasokan air bagi penduduk merupakan terobosan yang cemerlang.


7. Karinding: Teknologi pengusir hama dengan gelombang suara
Ternyata nenek moyang dan leluhur kita mempunyai suatu alat musik tiup tradisional yang berfungsi sebagai hiburan sekaligus pengusir hama.

Alat musik dari Sunda ini terbuat dari pelepah kawung atau bambu berukuran 20 x 1 cm yang dipotong menjadi tiga bagian yaitu bagian jarum tempat keluarnya nada (disebut cecet ucing atau ekor kucing), pembatas jarum, dan bagian ujung yang disebut panenggeul (pemukul).

Jika bagian panenggeul dipukul, maka bagian jarum akan bergetar dan ketika dirapatkan ke rongga mulut, maka akan menghasilkan bunyi yang khas.

Alat ini bukan cuma untuk menghibur tapi juga ternyata berfungsi mengusir hama di kebun atau di ladang pertanian. Suara yang dihasilkan oleh karinding ternyata menghasilkan gelombang low decibel yang menyakitkan hama sehingga mereka menjauhi ladang pertanian.

Frekuensi suara yang dikeluarkan oleh alat musik tersebut menyakitkan bagi hama tersebut, atau bisa dikatakan frekuensi suaranya melebihi dari rentang frekuensi suara hama tersebut, sehingga hama tersebut akan panik dan terganggu konsentrasinya.

Kecanggihan Karinding sebagai bukti bahwa nenek moyang kita sejak dulu sudah mampu menciptakan alat yang menghasilkan gelombang suara. Ini adalah alat mengusir hama yang aman bagi lingkungan. Dibutuhkan perhitungan yang teliti untuk menciptakan alat musik seperti itu.

 
8. Rumah Gadang: Arsitektur Rumah Aman Gempa
Para nenek moyang orang Minang ternyata berpikiran futuristik alias jauh maju melampaui zamannya dalam membangun rumah. Konstruksi rumah gadang ternyata telah dirancang untuk menahan gempuran gempa bumi.

Rumah gadang di Sumatera Barat membuktikan ketangguhan rekayasa konstruksi yang memiliki daya lentur dan soliditas saat terjadi guncangan gempa hingga berkekuatan di atas 8 skala richter.

Bentuk rumah gadang membuat Rumah Gadang tetap stabil menerima guncangan dari bumi. Getaran yang datang dari tanah terhadap bangunan terdistribusi ke semua bangunan.

Rumah gadang tidak menggunakan paku sebagai pengikat, tetapi berupa pasak sebagai sambungan membuat bangunan memiliki sifat sangat lentur.

Selain itu kaki atau tiang bangunan bagian bawah tidak pernah menyentuh bumi atau tanah. Tapak tiang dialas dengan batu sandi.

Batu ini berfungsi sebagai peredam getaran gelombang dari tanah, sehingga tidak mempengaruhi bangunan di atasnya. Kalau ada getaran gempa bumi, Rumah Gadang hanya akan berayun atau bergoyang mengikuti gelombang yang ditimbulkan getaran tersebut

Darmansyah, ahli konstruksi dari Lembaga Penanggulangan Bencana Alam, Sumatera Barat menyebutkan, dari sisi ilmu konstruksi bangunan rumah gadang jauh lebih maju setidaknya 300 tahun dibanding konstruksi yang ada di dunia pada zamannya.


9. Tempe: Pemanfaatan bioteknologi untuk makanan
Tempe merupakan hasil bioteknologi sederhana khas Indonesia. Nenek moyang bangsa Indonesia telah menggunakan Rhizopus untuk membuat tempe dari kedelai. Semua ini adalah penggunaan mikroba atau mikroorganisme pada tingkat sel untuk tujuan pangan.

Sebenarnya mengolah kedelai dengan ragi juga dilakukan di negara lain seperti China, Jepang, India, dll. Tetapi yang menggunakan Rhizopus hanya di Indonesia saja. Jadi kemampuan membuat tempe kedelai adalah penemuan orang Indonesia.

Tempe sudah dikenal sejak berabad-abad lalu di Nusantara. Dalam bab 3 dan bab 12 manuskrip Serat Centhini dengan seting Jawa abad ke-16 telah ditemukan kata tempe.

Kini, tempe sudah merambah manca negara, tidak saja karena rasa dan aromanya, namun juga karena kandungan gizinya. Penemuan tempe adalah sumbangan nenek moyang kita pada seni masak dunia.


10. Pranata Mangsa: Sistem penanggalan musim bukti kepandaian ilmu astronomi nenek moyang kita
Seperti kebudayaan-kebudayaan lain di dunia, masyarakat asli Indonesia sudah sejak lama menaruh perhatian pada langit. Pengamatan langit digunakan dalam pertanian dan pelayaran.

Dalam masyarakat Jawa dikenal pranatamangsa, yaitu peramalan musim berdasarkan gejala-gejala alam, dan umumnya berhubungan dengan tata letak bintang di langit.

Menurut Daldjoeni di bukunya Penanggalan Pertanian Jawa Pranata Mangsa, Pranata Mangsa tergolong penemuan brilian. Kompleksitasnya tak kalah bobot dari sistem penanggalan yang ditemukan bangsa Mesir Kuno, China, Maya, dan Burma. Lebih-lebih jika dibandingkan dengan model Farming Almanac ala Amerika, Pranata Mangsa jauh lebih maju.

Meskipun teknologi sudah semakin canggih seperti sekarang ini, penerapan perhitungan pranata mangsa masih relevan. Hal itu dikarenakan nenek moyang kita dulu mempelajari gejala-gejala alam seperti musim hujan/kemarau, musim tanaman berbunga/berbuah, posisi rasi bintang, pengaruh bulan purnama, dan sebagainya. Dengan mempelajari gejala-gejala alam tersebut nenek moyang kita dapat lebih menghargai kelestarian alam.

Sebenarnya masih banyak teknologi-teknologi yang digunakan nenek moyang kita yang tidak dituliskan disini.

Dari penemuan-penemuan itu sebenarnya sejak dulu bangsa Indonesia sudah mampu menguasai teknologi canggih di zamannya maka tidak pantas lah bila kita menyombongkan diri sebagai generasi sekarang bila kita tidak menghargai dan mengapresiasi leluhur kita.

Nenek moyang kita telah berhasil membangun candi-candi yang sangat indah arsitekturnya dan bertahan ratusan tahun.

Nenek moyang kita juga membangun armada laut yang telah mengarungi samudra luas.

Nenek moyang kita juga telah menemukan benda-benda yang tebilang sederhana tapi banyak manfaatnya.

Itu semua bukti bahwa nenek moyang kita sangat cerdas. Penjajahlah yang telah membuat kita lemah dan kurang percaya diri. Karena itu, setelah menjadi bangsa yang merdeka kita harus dapat bangkit kembali untuk mensejajarkan diri dengan bangsa lain yang telah maju. 
 

sumber