
SUDAH lama juga kita tidak mendengar khabar penyanyi dan pengacara, Roslan Shah yang sebelum ini selalu tampil dengan pelbagai kontroversi sebelum ini.
Terbaru mengenainya, dia dikatakan akan menunda majlis perkahwinan bersama wanita yang bernama Ana yang sepatutnya dilangsungkan awal bulan Disember ini, memetik laporan GUA.
“Saya terpaksa tangguhkan perkahwinan ini. Saya sasarkan akan berkahwin pada bulan Disember, namun begitu saya menundanya ke awal tahun hadapan.
Saya menunda perkahwinan ini bukanlah atas sebab kewangan atau pun sebab lain, tapi saya menundanya kerana bapa Ana kurang sihat dan kerana faktor cuaca yang kurang baik di Pantai Timur pada bulan Disember.
“Harapan saya adalah agar semua mendoakan yang terbaik untuk saya dan bakal isteri. Ana merupakan seorang wanita yang berstatus ibu tunggal dan mempunyai dua orang anak. Saya terima statusnya sebagai ibu tunggal secara terbuka dan dia juga menerima saya seadanya,” jelas Roslan.
Tak mengapalah. Lebih baik tunda sekejap daripada berlangsung dalam keadaan yang kurang menyenangkan.Barulah boleh tersenyum gembira di pelaminan.
Oleh: ELZA


0 komentar:
Posting Komentar